Peratusan guna talian JPJ rendah. Kenapa agaknya?

KOTA KINABALU 21 Dis. – Peratusan orang ramai menggunakan perkhidmatan dalam talian yang disediakan oleh Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) masih terlalu rendah, biarpun jabatan itu telah menyediakan perkhidmatan sepenuhnya bagi semua urusan.

Ketua Pengarahnya, Datuk Solah Mat Hassan berkata, kadar peratusan pelanggan JPJ yang menggunakan perkhidmatan dalam talian tidak sampai 50 peratus.

Menurutnya, keadaan itu berpunca daripada pelanggan JPJ yang masih tidak mengetahui wujudnya laman web berkenaan dan mempunyai prasangka perkhidmatan yang disediakan tidak selamat.

“Saya ingin menegaskan perkhidmatan dalam talian yang disediakan adalah selamat untuk digunakan bagi semua urusan JPJ, malah pihak JPJ tidak pernah menerima sebarang aduan berhubung perkhidmatan yang disediakan,” katanya pada sidang akhbar di sini, semalam.

Beliau berkata demikian selepas mempengerusikan mesyuarat pengurusan JPJ Malaysia kali Ke–4 tahun ini. Hadir sama Pengarah Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Sabah, Mohd. Shuhaili Mohd. Taufek.

Mengulas lanjut, Solah berkata, pihaknya menyasarkan sebanyak 85 peratus orang ramai menggunakan perkhidmatan dalam talian JPJ pada 2015 setelah melaksanakan perkhidmatan itu pada 2007.

Sehubungan itu, katanya, JPJ akan mempertingkatkan lagi kempen dan pameran bergerak dalam memberi penerangan kepada orang ramai berhubung perkhidmatan dalam talian yang disediakan, selaras dengan Program Transformasi JPJ.

“Perkhidmatan dalam talian yang disediakan oleh JPJ adalah bertujuan memudahkan pelanggan dan memastikan setiap urusan yang dilakukan menjimatkan masa. Saya berharap tiada lagi keraguan dan lebih ramai pelanggan JPJ akan menggunakan kemudahan ini,” katanya.

Dalam pada itu katanya, kutipan hasil JPJ pada suku ketiga tahun ini mencatat peningkatan sebanyak 9.22 peratus iaitu sebanyak RM202 juta berbanding tempoh yang sama pada tahun sebelumnya.

“Bagi suku ketiga tahun ini, JPJ berjaya mengutip hasil cukai sebanyak RM2.39 bilion berbanding RM2.19 bilion dalam tempoh sama tahun lalu. Ia berjaya dicapai berdasarkan peningkatan pendaftaran kenderaan dan pemegang lesen baharu,” katanya.

Menurutnya, daripada jumlah kutipan tersebut, sebanyak RM1.64 bilion adalah hasil daripada pembaharuan lesen kenderaan motor (cukai jalan), diikuti urusan berkaitan lesen memandu (RM289 juta) dan bayaran tender pendaftaran kenderaan (RM133 juta).

“Kutipan hasil juga akan dapat dipertingkatkan lagi dengan pelaksanaan penyelarasan tarikh tamat lesen memandu yang sama dengan tarikh lahir sipemilik lesen. Pelaksanaan itu dilihat dapat mengatasi masalah terlupa memperbaharui lesen dalam kalangan orang ramai,” katanya.

– Sumber: Utusan Malaysia, 22 Disember 2011.

Jadi, apa tunggu lagi. Lawati http://www.jpj.gov.my untuk apa jua pertanyaan, aduan, rayuan yang anda semua ingin sampaikan.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: