Perbaharui lesen memandu ikut tarikh lahir bermula 21 Nov. 2011

PUTRAJAYA 15 Nov. – Mulai Isnin, 21 November 2011, orang ramai boleh mula memperbaharui lesen memandu mereka mengikut tarikh lahir, kata Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Kong Cho Ha.

Beliau berkata, melalui inisiatif itu, tarikh tamat tempoh lesen memandu adalah sama dengan tarikh lahir seseorang pemegang lesen.

“Inisiatif itu juga dibuat bagi memudahkan orang ramai mengingati tarikh memperbaharui lesen memandu selain mengurangkan kes pemegang lesen tidak aktif,” katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Cho Ha berkata, diharapkan selepas ini, tidak timbul lagi isu lupa untuk memperbaharui lesen memandu terutama apabila pemandu terbabit dalam kemalangan.

‘‘Ia bertujuan mengurangkan kes pemegang lesen tidak aktif dan rayuan bagi memperbaharui Lesen Memandu tamat tempoh melebihi tiga tahun.

‘‘Ia juga sebagai alternatif kepada sistem penyampaian notis peringatan yang dilaksanakan Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ),” katanya.

Beliau berkata demikian pada pemberita selepas menghadiri Majlis Perhimpunan Bulanan 1Malaysia dan sambutan perayaan Aidiladha/Deepavali 2011 Kementerian Pengangkutan di sini, hari ini.

Cho Ha berkata, serentak dengan pelaksanaan inisiatif itu, pihaknya telah menyelaraskan bayaran fi bagi pembaharuan lesen memandu.

‘‘Untuk tempoh tidak kurang daripada enam bulan, pemegang lesen yang tempoh pembaharuannya di antara tarikh tamat sah lesen hingga tarikh lahir adalah di antara 12 hingga 18 bulan (termasuk tempoh lanjutan), kerajaan akan menanggung bayaran fi lesen bagi tempoh lanjutan tersebut.

‘‘Melebihi enam bulan pula, pemegang lesen yang tempoh pembaharuannya di antara tarikh tamat sah lesen hingga tarikh lahir adalah di antara 19 hingga 24 bulan (termasuk tempoh lanjutan), mereka perlu membayar untuk lanjutan tempoh melebihi enam bulan tetapi kurang daripada 12 bulan,” katanya.

Berdasarkan rekod Jabatan Pengangkutan Jalan, terdapat 2.2 juta daripada 11.8 juta pemegang lesen tidak aktif atau tidak memperbaharui lesen memandu mereka.

 

 

Sumber: Utusan Malaysia, 16 November 2011.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: