Penunggang bawah umur maut dirempuh kereta.

KUANTAN 9 Nov. – Seorang remaja perempuan maut manakala rakannya parah selepas motosikal yang mereka naiki dirempuh sebuah kereta di Kilometer 141 Jalan Kuantan-Bahau dekat Muadzam Shah di Rompin semalam.

Mangsa, Norfisa Omar, 15, pelajar tingkatan tiga, dari Bukit Serok, Rompin yang menunggang motosikal itu maut di tempat kejadian.

Rakannya, Mohd. Hairul Hisham Mustafa cedera parah dan kini menerima rawatan di Hospital Muadzam Shah.

Ketua Jabatan Ketenteraman Awam dan Trafik Negeri, Supritendan Mohamed Fauzi Abdul Rahim berkata, dalam kejadian pukul 1.55 petang itu, pemandu Proton Wira terbabit dalam perjalanan dari Bahau menuju ke Kuantan.

“Tiba di lokasi kejadian, dipercayai mangsa yang berada di simpang empat di sebelah kanan terus melintas jalan. Pada masa sama Proton Wira dari arah Bahau gagal mengelak lalu merempuh mangsa.

“Akibat rempuhan itu, mangsa tercampak ke atas jalan dan disahkan meninggal dunia di tempat kejadian,” katanya ketika ditemui di sini, hari ini.

Katanya, siasatan awal mendapati kedua-dua mangsa  TIDAK memakai topi keledar ketika kejadian dan mangsa juga TIADA lesen memandu yang sah.

 

Sumber: Utusan Malaysia, 10 November 2011.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: