Penjawat awam pun miliki lesen palsu

KUALA LUMPUR 14 Nov. – Seorang penjawat awam adalah antara yang ditahan kerana memiliki lesen motosikal palsu dalam Operasi Samseng Jalan Raya di Jalan Tuanku Abdul Rahman di sini semalam.

Ketua Unit Kuat kuasa Khas Polis Trafik Kuala Lumpur, Asisten Supritendan Azmi Wahid berkata, lelaki berumur 20 tahun itu mendakwa dia tidak tahu lesen yang dimilikinya sejak Mac tahun ini adalah palsu.

Selepas diperiksa, ternyata lesen itu palsu kerana berbeza dengan yang tulen seperti tulisan yang besar dan kedudukan lambang yang tidak berada di tempatnya.

“Pemeriksaan nombor lesen mendapati ia tidak wujud atau didaftarkan dalam sistem polis dan Jabatan Pengangkutan Jalan. Kita percaya ada sindiket orang dalam mengenai perkara ini,” katanya kepada pemberita.

Beliau berkata, individu itu mendakwa telah didatangi seorang lelaki di sebuah sekolah memandu di Selayang yang menawarkan pembelian lesen tanpa perlu mengikuti kursus seperti biasa.

“Dia mendakwa hanya perlu membayar RM300 dan akan mendapat lesen dalam tempoh dua minggu,” kata Azmi.

Kes itu disiasat mengikut Seksyen 108 Akta Pengangkutan Jalan kerana memalsukan dokumen dan jika sabit kesalahan boleh didenda tidak lebih RM5,000 dan penjara tidak lebih setahun.

Dalam operasi itu, 260 buah motosikal diperiksa, 115 penunggang disaman dan 22 buah motosikal disita kerana kesalahan seperti tidak mempunyai lesen, cukai jalan tamat tempoh dan menggunakan nombor pendaftaran palsu.

Polis turut menemui sebuah motosikal curi yang ditinggalkan seorang lelaki selepas polis mengejar seorang suspek dari jalan tersebut sehingga Karak.

Beliau berkata lelaki itu pada mulanya menunjukkan pelbagai aksi di hadapan sekatan sebelum memecut laju sebelum meninggalkan motosikal tersebut.

“Siasatan mendapati motosikal itu telah dicuri dan menggunakan nombor pendaftaran palsu. Kita percaya suspek cuba melakukan aktiviti jenayah lain menggunakan motor tersebut,” kata Azmi. – BERNAMA, 15 November 2011.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: