Pemohon lesen memandu jadi penderma organ?

KLANG 5 Nov. — Kementerian Kesihatan mengadakan perbincangan dengan Jabatan Pengangkutan Jalan dan Kementerian Pengangkutan untuk menggalakkan pemohon lesen memandu yang baru supaya mendaftar sebagai penderma organ.

Menteri Kesihatan, Datuk Seri Liow Tiong Lai berkata, langkah itu diharap akan membolehkan lebih ramai orang mendaftar sebagai penderma organ.

Pihak kementerian juga berkunjung ke universiti dan kolej untuk menggalakkan golongan muda menjadi penderma organ, katanya kepada pemberita selepas melancarkan Pusat Pakar Mata Top Vision di Setia Alam di sini hari ini.

Beliau berkata, sungguhpun kempen itu berjalan dengan baik, namun masih terdapat keperluan supaya lebih ramai orang tampil menyertai pendermaan organ.

Katanya, sunggguhpun kira-kira 170,000 orang telah pun mendaftar sebagai penderma organ, jumlah penderma sebenar dalam setahun adalah kurang daripada 30, dan pada tahun ini ialah kira-kira 33 orang. — Bernama, 5 November 2011.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: