Lagi kes penunggang bawah umur maut.

KUANTAN 14 Nov. – Seorang pelajar tingkatan satu terbunuh selepas motosikal ditungganginya bertembung dengan sebuah kereta berhampiran simpang Air Terjun Pandan dekat sini pagi ini.

Mohd. Faeznur Farhan, 13, pelajar di Sekolah Menengah Sri Pancing maut di tempat kejadian akibat cedera parah di kepala dan badan.

Menurut Pegawai Penguatkuasa Pentadbiran Trafik Pahang, Asisten Supritendan Zainalabidin Othman, ketika kejadian berlaku pukul 7.50 pagi, mangsa dari arah Sungai Pancing Utara menghala ke sekolahnya.

“Motosikal ditungganginya dipercayai memasuki laluan bertentangan sebelum bertembung dengan sebuah kereta Proton Iswara dipandu seorang peneroka, Basri Amat, 57.

“Berikutan itu, mangsa mengalami kecederaan parah di kepala dan badan dan meninggal dunia di tempat kejadian,” katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Sementara itu, kata Zainalabidin, pemandu kereta Proton Iswara tersebut tidak mengalami kecederaan.

Tambah beliau, siasatan awal turut mendapati mangsa tidak memiliki lesen memandu.

Kes tersebut disiasat mengikut Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Sumber: Utusan Malaysia, 15 November 2011.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: