Rempit: 22 motosikal, sebuah kereta disita

MELAKA 17 Sept. – Sebanyak 22 motosikal dan sebuah kereta disita manakala 78 saman dikeluarkan atas pelbagai kesalahan dalam operasi membanteras mat rempit di persimpangan lampu isyarat Jalan Eye On Malaysia di sini malam tadi.

Dalam operasi tersebut juga seorang penunggang motosikal ditahan selepas didapati positif dadah.

Operasi lebih tiga jam yang bermula pukul 12.30 malam dan berakhir kira-kira pukul 4 pagi dijalankan oleh Unit Khas Trafik Bukit Aman, kontinjen polis negeri dan Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ).

Pegawai Operasi Khas Trafik Bukit Aman, Asisten Supritendan Khuzir Abd. Majit berkata, dalam operasi tersebut 83 buah motosikal dan 18 kereta diperiksa.

Menurutnya, daripada jumlah tersebut 22 motosikal disita kerana pelbagai kesalahan iaitu tiada cukai jalan, enjin diubah suai, tidak memiliki lesen memandu dan sebagainya.

“Sebuah kereta pula disita kerana tidak mempunyai cukai jalan manakala 17 lagi disaman juga atas pelbagai kesalahan jalan raya,” katanya selepas operasi itu.

Menurutnya, operasi berkenaan melibatkan 40 anggota dari Unit Khas Trafik Bukit Aman bersama kontinjen polis negeri manakala seorang pegawai serta 10 anggota daripada JPJ.

Khuzir berkata, operasi itu akan diteruskan dari semasa ke semasa dan polis tidak akan berkompromi dengan mana-mana pihak yang menyalahi undang-undang.

Beliau berkata, operasi tersebut merupakan sebahagian daripada usaha polis untuk mencegah kegiatan lumba haram yang semakin menjadi kegilaan remaja masa kini di negeri ini.

 

Sumber: Utusan Malaysia, 18 September 2011.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: