Kurikulum keselamatan jalan raya di sekolah menengah mulai tahun 2012

PUTRAJAYA 21 Sept. – Kurikulum pendidikan keselamatan jalan raya akan mula diperkenalkan di sekolah menengah mulai tahun depan bagi mewujudkan budaya mementingkan keselamatan jalan raya dalam kalangan generasi muda.

Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Kong Cho Ha berkata, ini berikutan statistik Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) menunjukkan kadar kematian membabitkan kemalangan jalan raya di seluruh dunia adalah 1.3 juta orang setahun.

Beliau berkata, Jabatan Keselamatan Jalan Raya (JKJR) merancang tindakan 10 tahun (2011-2020) bagi kempen keselamatan jalan raya sebagai mematuhi salah satu inisiatif di bawah PBB untuk mengurangkan kematian akibat kemalangan jalan raya.

JKJR memperkenalkan pendidikan keselamatan jalan raya di sekolah rendah sejak beberapa tahun lalu dengan menyerapkannya dalam pendidikan Bahasa Melayu dan kini akan diperluaskan di sekolah menengah.

“Kita juga akan menjalin kerjasama dengan negara-negara lain melalui PBB untuk belajar, bertukar-tukar maklumat dan buah fikiran tentang kemalangan jalan raya,” katanya selepas menghadiri Perhimpunan 1MOT dan Mesra Aidilfitri Kementerian Pengangkutan di sini hari ini.

Cho Ha berkata, penunggang dan pembonceng motosikal menyumbang 60 peratus kematian akibat kemalangan jalan raya kerana motosikal merangkumi 45 peratus jumlah kenderaan di atas jalan raya.

Beliau turut difahamkan Amerika Syarikat, Perancis, China, Indonesia dan India turut mencatat kadar kematian pengguna motosikal yang tinggi di negara masing-masing.

“Statistik di negara ini menunjukkan remaja berusia antara 15 hingga 21 tahun paling ramai maut akibat kemalangan jalan raya kerana kebanyakannya menunggang motosikal,” katanya.

 

Sumber: Utusan Malaysia, 22 September 2011.

 

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: