Kaunter 1JPJ mudahkan urusan orang ramai

MELAKA 16 Ogos – Pemilik kenderaan di negeri ini digalakkan menggunakan kemudahan kaunter 1JPJ bagi memudahkan orang ramai berurusan dengan Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ).

Pengarahnya, Mohd. Fadhil Hassan berkata, perkhidmatan kaunter itu yang berkonsepkan secara dalam talian memudahkan orang ramai berurusan dengan jabatan itu tanpa perlu meninggalkan rumah atau pejabat.

Menurutnya, antara perkhidmatan yang disediakan adalah pembaharuan lesen memandu, semakan saman dan semakan senarai hitam JPJ dan Polis Diraja Malaysia (PDRM).

“Walaupun mula diperkenalkan sejak 2001, namun sambutan orang ramai terhadap perkhidmatannya masih rendah dan untuk itu kita akan mempergiatkan promosi kaunter 1JPJ bagi menambah kesedaran orang ramai terhadap kemudahan yang disediakan,” katanya ketika ditemui di sini baru-baru ini.

Menurutnya, tumpuan lokasi bagi program kesedaran kaunter 1JPJ itu adalah seperti di pasar tani dan pusat beli-belah di seluruh negeri dan sebagai permulaan, pasar tani terpilih ialah di kawasan Jasin.

“Berdasarkan sambutan pengunjung di Pasar Tani Jasin baru-baru ini, ia amat memberangsangkan dan kita akan menentukan kekerapan pembukaan kaunter berdasarkan sambutan orang ramai,” katanya.

Jelasnya, pada masa ini purata bilangan pengguna yang menggunakan kaunter 1JPJ masih rendah iaitu sekitar lima peratus sejak diperkenalkan pada 2001 berbanding 67 peratus pengguna yang memilih menjalankan urusan di kaunter pejabat JPJ.

“Pada masa sama, melalui kaunter 1JPJ yang dibuka di pasar tani dan pusat beli-belah, kita juga membantu masyarakat yang tidak mempunyai kemudahan Internet untuk menyemak saman atau memperbaharui cukai jalan,” katanya.

Menurut Mohd. Fadhil, pihaknya menyediakan laman web bagi membantu orang ramai membuat bayaran secara dalam talian iaitu http://www.jpj.gov.my dan http://www.myeg.com.my.

Sumber: Utusan Malaysia, 17 Ogos 2011.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: