Pemandu bas warga asing diusul sejak 1997

KUALA LUMPUR 7 Ogos – Langkah menggajikan warga asing sebagai pemandu bas adalah jalan penyelesaian segera bagi mengatasi masalah kekurangan pemandu yang semakin kritikal ketika ini.

Presiden Persatuan Pengusaha Bas Se-Malaysia (PMBOA), Datuk Mohamad Ashfar Ali berkata, cadangan itu juga bukan baru kerana kertas cadangan pengambilan pekerja asing sebagai pemandu bas pernah dikemukakan kepada Lembaga Pelesenan Kenderaan Perdagangan (LPKP) pada 1997.

“Ini adalah jalan penyelesaian segera. Pada masa sama, kerajaan juga perlu mengkaji kos mendapatkan lesen memandu kenderaan awam yang ketika ini agak tinggi bagi menarik lebih ramai rakyat negara ini menjadi pemandu.

“Sebenarnya ramai anak tempatan yang berminat untuk menjadi pemandu bas, tetapi kos untuk mendapatkan lesen yang mencecah belanja kira-kira RM2,000 hingga RM3,000 menyebabkan mereka terpaksa berfikir dua kali,” katanya kepada Utusan Malaysia di sini semalam.

Beliau mengulas kenyataan Menteri Sumber Manusia, Datuk Dr. S. Subramaniam yang meminta syarikat pengusaha bas supaya mengkaji semula hasrat mengambil warga asing sebagai pemandu bas.

Sebelum ini, terdapat cadangan daripada industri pengangkutan sendiri yang mahu kerajaan membenarkan mereka mengambil warga asing bagi mengatasi masalah kekurangan pemandu bas.

Pandangan beliau turut dikongsi oleh Yang Dipertua Persatuan Pengusaha Bas Ekspres Melayu Semenanjung Malaysia (Pembawa), Tajuddin Mohd. Yunus yang mahu langkah tersebut disegerakan.

Katanya, ini berikutan rakyat negara ini lebih berminat untuk menjadi pemandu lori kerana jadual kerja yang fleksibel dan gaji yang tinggi berbanding bas.

“Tetapi pada masa yang sama kerajaan tidak seharusnya bergantung sepenuhnya kepada tenaga kerja asing dan perlu memikirkan cara terbaik untuk menarik rakyat tempatan menceburi pekerjaan ini.

“Ini penting kerana pekerjaan ini bukan membabitkan satu atau dua nyawa penumpang tetapi hampir 40 penumpang dalam setiap bas,” katanya.

 

Sumber: Utusan Malaysia, 8 Ogos 2011.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: