Lesen PSV mahal punca kurang pemandu bas ekspres warga tempatan

KUALA LUMPUR: Kos tinggi dipercayai mencecah RM5,000 bagi mendapatkan Lesen Memandu Perkhidmatan Kenderaan Awam (PSV) menjadi punca menyumbang kepada kekurangan pemandu bas ekspres tempatan, sekali gus timbul cadangan menggunakan khidmat pekerja asing bagi sektor terbabit.

Presiden Persatuan Pengusaha Bas Ekspres Malaysia (PPBEM), Datuk Ashfar Ali, berkata bayaran yang terlalu tinggi untuk memperoleh lesen PSV dan faktor gaji diakui menghalang warga tempatan bekerja sebagai pemandu bas.

Ashfar berkata, soal untuk menanggung kos mendapatkan lesen tidak timbul kerana pengambilan pekerja asing terbabit hanya membabitkan mereka yang sudah memiliki lesen PSV di negara masing-masing sebelum dibawa masuk ke negara ini.

Menurutnya, PPBEM sebelum ini sudah beberapa kali mengusulkan kepada kerajaan untuk mengatasi masalah itu namun tidak ada maklum balas.

“Antara tiga usul penting dalam memorandum terbabit adalah membenarkan khidmat pekerja asing, mewujudkan kursus pemanduan bas di Majlis Latihan Vokasional Kebangsaan (MLKV) serta penubuhan dana kerajaan bagi mengurangkan kos mendapatkan lesen.

“Kursus khas yang kami sarankan penting kerana untuk menjadi pemandu bas yang baik, perlukan kemahiran di samping disiplin tinggi kerana kerjaya ini membabitkan keselamatan pengguna,” katanya.

Pengerusi Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Darat (SPAD), Tan Sri Syed Hamid Albar, berkata cadangan membawa masuk pekerja asing sebagai pemandu bas dilihat satu mekanisme penyelesaian sementara dan pengusaha perlu memikirkan implikasinya secara mendalam.
“Saya anggap cadangan pengusaha ingin membawa masuk pekerja asing hanya penyelesaian bersifat jangka pendek. Pengusaha perlu ambil pendekatan berhati-hati terhadap masalah ini,” katanya.

Syed Hamid turut menyatakan bidang kuasa SPAD hanya tertakluk untuk mengeluarkan lesen bas, bukan mengeluarkan lesen PSV atau menetapkan kadar bayaran tertentu untuk mendapatkan lesen terbabit kerana ia di bawah bidang kuasa Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ).

 

Sumber: Berita Harian, 7 Ogos 2011.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: