JPJ sasar 90% pelanggan guna online menjelang 2015

SHAH ALAM 31 Julai – Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) menyasarkan 90 peratus pelanggannya akan melakukan urusan seperti memperbaharui lesen memandu, cukai jalan dan membayar saman secara online pada 2015.

Ketua Pengarah JPJ, Datuk Solah Mat Hassan berkata, usaha untuk menggalakkan pelanggan JPJ menggunakan sistem urusan secara online sedang dilakukan secara meluas termasuk membuka kaunter perkhidmatan bergerak di kawasan tumpuan ramai termasuk di pasar-pasar tani.

“Kita mahu pelanggan memilih kaedah atas talian ini bagi memudahkan mereka melakukan urusan tanpa perlu fikir untuk ambil cuti sekiranya mahu memperbaharui lesen atau cukai jalan.

“Melalui kaedah online, lebih mudah di mana mereka hanya perlu memilih satu daripada tiga penyedia perkhidmatan JPJ untuk melakukannya dari rumah atau pejabat,” katanya dalam sidang media selepas melancarkan Kaunter Perkhidmatan Bergerak JPJ di Pasar Tani Stadium Seksyen 13 di sini hari ini.

“Buat masa ini, purata bilangan pengguna yang menggunakan perkhidmatan itu masih rendah iaitu hanya lima peratus sejak ia diperkenalkan pada 2001 berbanding 67 peratus pengguna yang memilih untuk berurusan di kaunter perkhidmatan sedia ada.

“Manakala bakinya memilih untuk berurusan melalui rakan niaga JPJ termasuk syarikat-syarikat insurans,” katanya kepada pemberita selepas melancarkan kaunter One JPJ di Pasar Tani Mega Stadium Shah Alam di sini, hari ini.

Mengulas lanjut, Solah berkata, beliau tidak menolak kekurangan promosi dan publisiti merupakan punca tidak ramai pengguna memilih untuk berurusan secara atas talian dengan JPJ selain tidak memahami prosedur yang diperlukan.

“Pengguna tidak perlu risau semua maklumat peribadi dijamin selamat dan telah dipastikan ketika pihak kami melakukan projek perintis sebelum ini. Urusan pembayaran pula menggunakan kad kredit atau debit seperti ketika kita mahu membeli tiket kapal terbang.

“Malah, dengan adanya perkhidmatan ini, orang ramai tidak lagi perlu bersusah-payah mengambil cuti dan meninggalkan pejabat kerana segala urusan akan menjadi mudah dan boleh dibuat dari pejabat atau rumah kerana perkhidmatan ini disediakan 24 jam sehari dan tujuh hari seminggu,” ujarnya.

Beliau berkata, tiga penyedia perkhidmatan bagi urusan JPJ berkenaan ialah MyEG, MySpeed dan Konsortium Multimedia Swasta Sdn Bhd (Komms).

Solah berkata, terdapat 135 pejabat urusan JPJ di seluruh negara dan pihaknya tidak bercadang untuk menambah pejabat baru dalam usaha menggalakkan pengguna berurusan secara atas talian. – Bernama, 31 Julai 2011.

 

 

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: