JPJ mulakan pemeriksaan bas sempena Aidilfitri mulai 15 Ogos

KUALA TERENGGANU: Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) akan memulakan operasi pemeriksaan bas eskpres dan bas tambahan yang akan digunakan sepanjang musim perayaan mulai 15 Ogos ini.

Ketua Pengarah JPJ, Datuk Solah Mat Hassan, berkata operasi itu akan dilaksanakan selama sebulan bagi memastikan kenderaan itu berkeadaan baik untuk membawa penumpang pulang berhari raya.

“Dengan jumlah tenaga seramai 3,500 orang kakitangan, operasi itu akan dilaksanakan selama sebulan di seluruh negara,” katanya selepas menutup Program Satu Komuniti Satu JPJ Khas di Pulau Redang, hari ini.

Pada majlis itu, 33 warga emas Pulau Redang menerima lesen memandu motosikal masing-masing. 

Solah berkata, JPJ akan memberi perhatian terhadap soal keselamatan brek dan tayar bas yang juga komponen paling penting dalam soal keselamatan bas ekspres. – BERNAMA, 29 Julai 2011.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: