Baharui lesen memandu ikut tarikh lahir

PUTRAJAYA 20 Julai – Pembaharuan lesen memandu mengikut tarikh lahir pemegang lesen dijangka dapat dilaksanakan tidak lama lagi, kata Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Kong Cho Ha.

Cho Ha, yang tidak meletakkan sebarang tarikh tertentu bagi pelaksanaannya, berkata, bahagian teknologi maklumat kementerian itu sedang giat melakukan beberapa penyelarasan.

Bercakap kepada pemberita di sini hari ini, beliau meminta orang ramai tidak berebut-rebut untuk memperbaharui lesen memandu mereka apabila tarikh tamat lesen diselaraskan dengan tarikh lahir mereka kelak.

“Mereka hanya perlu memperbaharui lesen memandu mereka apabila lesen memandu tamat tempoh dan bukannya apabila tarikh lahir mereka tiba,” katanya.

Sebagai contoh, katanya, mereka yang akan menyambut hari lahir pada Mei tahun depan tetapi lesen memandu akan tamat tempoh sah laku pada Januari, mereka perlu memperbaharui lesen pada Januari tetapi tarikh tamat lesen akan diletakkan pada Mei.

“Tempoh empat bulan yang diberikan itu adalah percuma. Bayaran hanya dikenakan RM30 jika ingin memperbaharui lesen untuk tempoh setahun,” katanya.

Bagi mereka yang tarikh lahirnya melebihi enam bulan dari tarikh lesen memandu tamat tempoh pula mereka akan dikenakan bayaran tambahan 50 peratus iaitu RM15. – Bernama, 20 Julai 2011.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: