Kurikulum baharu perlu konsep kemahiran

BANGI 13 Julai – Kurikulum baharu sekolah atau institut memandu yang bakal diperkenalkan kerajaan tidak lama lagi perlu memberi penekanan kepada ‘konsep kemahiran mengatasi pengetahuan’.

Pakar pengangkutan awam, Prof. Dr. Abdul Rahim Md. Nor berkata, ini kerana konsep kemahiran bukan sesuatu yang boleh dihafal atau dibaca semata-mata, sebaliknya memerlukan latihan bagi membiasakan calon dengan keadaan, kesibukan dan halangan sebenar di jalan raya.

“Apatah lagi dalam situasi hari ini, tidak keterlaluan dikatakan, laluan untuk seseorang calon mendapatkan lesen memandu adalah terlalu mudah, ringkas dan cepat serta kurang bersifat ‘menguji’ tahap kemahiran pemanduan mereka.

“Dengan adanya konsep kemahiran, ia bukan sahaja mampu melahirkan pemandu kompeten, mematuhi undang-undang dan berhemah di jalan raya, bahkan sejajar dengan hasrat kerajaan dalam mengurangkan 50 peratus bilangan kematian dan kecederaan akibat kemalangan menjelang tahun 2020 nanti,” katanya ketika ditemui Utusan Malaysia di sini, baru-baru ini.

Tambah Abdul Rahim, ujian amali memandu di jalan raya merupakan perkara utama yang wajar diberi perhatian oleh pihak kerajaan serta memerlukan pembaharuan secara total.

“Pada pendapat saya, ujian amali memandu di jalan raya perlu dipanjangkan jarak dan masa iaitu daripada 15 minit sekarang kepada 45 minit.

Luaskan geografi kawasan ujian amali dengan melalui empat kawasan utama yang terdiri daripada kawasan guna tanah tidak padat, kawasan berkonflik, kawasan berisiko tinggi dan kawasan guna tanah padat.

Calon perlu diuji kemahiran memandu pada sekurang-kurangnya di dua kawasan seperti yang dinyatakan,” katanya.

Dalam pada itu, Abdul Rahim menegaskan, ujian amali meletak kenderaan dan berhenti pada cerun di pusat ujian (test centre) wajar dihapuskan pelaksanaannya.

Sebaliknya, kedua-dua ujian tersebut perlu di lakukan di jalan raya bagi mendedahkan calon dengan keadaan dan halangan sebenar dalam memantapkan kemahiran pemanduan mereka.

“Kalau di pusat ujian, ada sesetengah calon yang bersikap sambil lewa dan tidak bimbang jika kenderaan mereka terlanggar tiang semasa meletak kenderaan mahupun menggelongsor ketika menaiki cerun.

“Mereka anggap ‘kesalahan’ yang dilakukan itu adalah kecil serta hanya akan menyebabkan mereka gagal untuk mendapatkan lesen sahaja.

“Sedangkan dalam situasi sebenar kelalaian tersebut berkemungkinan memberi kesan negatif terhadap pemandu lain dan diri mereka sendiri terutamanya jika kemalangan terjadi,” katanya.

Sehubungan itu, kata Abdul Rahim, masa yang panjang diperlukan bagi menanam kemahiran memandu dalam diri seseorang calon.

 

 

Sumber: Utusan Malaysia, 14 Julai 2011.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: