JPJ Terengganu catat penurunan jumlah saman

KUALA TERENGGANU 28 Jun – Saman yang dikeluarkan oleh Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) negeri mencatatkan jumlah penurunan 65 peratus kepada 5,401 sepanjang lima bulan pertama tahun ini berbanding tempoh yang sama tahun lalu.

Pengarahnya, Abdul Rahman Emang Anyie berkata, dari Januari hingga Mei tahun lalu, pihaknya mengeluarkan 14,691 saman atas pelbagai kesalahan jalan raya.

Katanya, statistik itu turut menunjukkan keberkesanan program yang dilaksanakan JPJ termasuk memperbanyakkan sekatan jalan raya untuk menyedarkan pengguna supaya lebih berhati-hati dan mematuhi peraturan.

“Untuk sesetengah tahun kedua pada tahun ini, kami merancang mengadakan strategi baru iaitu menukar waktu operasi termasuk sekatan pada luar waktu kelaziman,” katanya kepada pemberita selepas melancarkan Kempen Senyum peringkat JPJ Terengganu di dataran JPJ negeri di sini, hari ini.

Abdul Rahman berkata, antara kesalahan paling tinggi yang menyebabkan pengguna jalan raya di negeri ini disaman ialah kesalahan berkaitan cukai jalan dan lesen memandu kenderaan.

“Bagaimanapun, kesalahan lain seperti melanggar lampu merah, tidak pakai tali pinggang keledar dan sebagainya tetap kita beri tumpuan yang sewajarnya,” katanya.

Dalam perkembangan berasingan, Abdul Rahman memberitahu, JPJ negeri menjalankan operasi atau rondaan 24 jam kecuali di terminal bas iaitu hanya melibatkan dua syif bermula dari pukul 8 pagi hingga 12 tengah hari serta 8 malam hingga 12 tengah malam.

Katanya, bagi operasi atau rondaan, ia disertai 38 anggota yang dibahagikan kepada tiga pasukan untuk tiga syif dalam tempoh 24 jam.

“Setiap pasukan akan dibekalkan dengan senjata, kamera dan beberapa peralatan tertentu untuk memudahkan kerja mereka semasa sedang bertugas,” katanya.

Kata beliau, antara laluan menjadi fokus utama JPJ ketika menjalankan rondaan ialah laluan Jerangau-Jabu, Marang-Dungun dan Kuala Terengganu-Kota Bharu.

 

Sumber: Utusan Malaysia, 29 Jun 2011.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: