SKSJ: 5,760 warga emas, Orang Asli dapat lesen B2 di Pulau Pinang

KEPALA BATAS 19 Jun – Seramai 5,760 peserta berjaya menerima lesen motosikal Kelas B2 melalui program anjuran Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ), 1Komuniti 1JPJ (SKSJ) di seluruh negara sejak Januari lalu.

Timbalan Ketua Pengarah Jalan (JPJ), Datuk Ismail Ahmad berkata, pihaknya sedaya-upaya membantu peserta yang kebanyakannya warga emas dan Orang Asli mendapatkan lesen motosikal.

“Setakat ini hampir 100 peratus peserta yang mengikuti program itu lulus dan JPJ akan memudahkan mereka mendapatkan lesen motosikal agar tiada lagi yang menunggang tanpa lesen serta tidak mematuhi peraturan jalan raya.

“Ini kerana JPJ mahu mengubah persepsi masyarakat kepada agensi ini apabila mereka tidak lagi melihatnya hanya mahu mencari kesalahan jalan raya kerana banyak lagi tugas hakiki,” katanya.

Beliau bercakap kepada pemberita selepas merasmikan penutup program SKSJ di Sekolah Kebangsaan Pinang Tunggal di sini hari ini.

Turut hadir Pengarah JPJ Pulau Pinang Datuk Hassan Yaacob dan Ahli Dewan Undangan Negeri Pinang Tunggal, Datuk Roslan Saidin.

Seramai 315 peserta mengikuti program itu yang berlangsung sejak Rabu lalu yang turut meliputi aktiviti riadah, sukan rakyat dan gotong-royong serta pameran oleh beberapa agensi kerajaan.

JPJ Pulau Pinang juga menyediakan kaunter pembaharuan lesen memandu, lesen kenderaan motor atau cukai jalan, semakan bayaran kompaun, pemeriksaan khas motosikal yang tamat cukai jalan secara percuma dan khidmat nasihat.

 

Sumber: Utusan Malaysia, 20 Jun 2011.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: