PDRM tidak akan batal senarai hitam pesalah saman ekor

KUALA LUMPUR 20 Jun – Polis Diraja Malaysia (PDRM) tidak bercadang membatalkan tindakan menyenarai hitam pemilik kenderaan, terutama yang terlibat dengan kesalahan trafik di bawah saman ekor.

Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein berkata, sehingga 30 April lepas, sebanyak 11,814,008 saman ekor atau Notis Saman POL 170A masih belum dijelaskan lagi.

“Walau bagaimanapun tindakan menyenarai hitam ini ditangguhkan buat sementara waktu kerana PDRM bersama Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) dan Jabatan Peguam Negara sedang mengemas kini prosedur berkaitan dengan tindakan tersebut,” katanya dalam jawapan bertulis kepada soalan Sim Tong Him (DAP-Kota Melaka) pada sidang Dewan Rakyat di sini, hari ini.

Tong Him ingin tahu jumlah tunggakan saman ekor yang masih belum dijelaskan serta adakah benar tindakan menyenarai hitam telah dibatalkan dan sama ada kementerian bercadang menghadapkan Orang Kena Saman (OKS) yang belum menjelaskan saman ke mahkamah.

Hishammuddin berkata, bagi pesalah trafik OKS, mereka boleh menyelesaikan saman masing-masing sama ada dengan membayar kompaun atau melalui perbicaraan di mahkamah. – Bernama, 20 Jun 2011.

*********************************************************************

Dalam pada itu, Hishammuddin berkata, sekiranya Orang Kena Saman (OKS) yang enggan menyelesaikan notis saman ekor, PDRM akan menjalankan operasi mencari dan mengesan pemilik yang melakukan kesalahan bagi menyerahkan saman mahkamah.

”Polis akan mengesan pemilik yang melakukan kesalahan bagi menyerahkan saman POL 257 yang turut menyatakan tarikh dan masa untuk mereka hadir ke mahkamah bagi menjawab pertuduhan,” katanya.

Bagaimanapun, jelas beliau, PDRM kini lebih bersifat prosedural dengan mengambil pendekatan melalui khidmat nasihat bagi menyemai budaya pemanduan berhemah dan mematuhi peraturan jalan raya kepada pengguna.

Kata beliau, menerusi pendekatan itu, ia menggalakkan orang ramai tampil untuk menyelesaikan saman mereka di pusat pembayaran saman seperti di Ibu Pejabat Polis Daerah, Pejabat Pos, kaunter PDRM, pusat beli-belah terpilih atau melalui portal http://www.myeg.com.my dan http://www.rilek.com.my.

 

Sumber: Utusan Malaysia, 21 Jun 2011.

Satu Respons

  1. saya rasa kerajaan perlu membatalkan senarai hitam kan pemilik lesen dan kenderaan kerana ianya akan menyusahkan rakyat di negara ini.. saya mendengar banyak keluhan dari masyarakat setempat.. rakyat di negara ini tidaklah begitu ‘banyak duit’ untuk membayar saman…

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: