SKSJ bukti kerajaan prihatin masalah rakyat

KUALA LIPIS 23 Mei – Langkah Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) mengadakan program 1 Komuniti 1 JPJ (SKSJ) di kawasan pedalaman membuktikan agensi kerajaan itu prihatin dengan masalah rakyat berkaitan urusan pelesenan.

Pengerusi Perumahan, Kemudahan Asas dan Pengangkutan negeri, Datuk Mohd. Soffi Abdul Razak berkata, program tersebut adalah penambahbaikan daripada program ‘JPJ Bersama Rakyat’ yang diadakan pada awal 90-an.

Menurut beliau, kaedah itu dapat meringankan beban penduduk di kawasan terbabit yang sering berulang alik ke bandar bagi menjalankan urusan tersebut.

‘‘Program itu tidak melibatkan mana-mana sekolah memandu di luar bandar memandangkan masih ada penduduk atau pelanggan yang sukar berurusan dengan JPJ kerana faktor jarak serta masalah pengangkutan,” kepada Utusan Malaysia di sini baru-baru ini.

Jelas beliau, langkah yang dilakukan itu tepat pada masanya kerana selama ini masyarakat pedalaman sering memandang negatif terhadap agensi berkenaan.

Katanya, malah program seumpama itu dapat menerangkan tentang perkhidmatan dan penguatkuasaan jalan raya kepada masyarakat.

‘‘Kita tidak perlu takut apabila JPJ atau polis semasa membuat sekatan jalan raya kerana tindakan itu demi memastikan keselamatan pengguna jalan raya,” katanya.

Beliau berharap supaya penduduk mendapat manfaat daripada program itu selain menjadi seorang pemandu berhemah dan mematuhi undang-undang jalan raya.

 

Sumber: Utusan Malaysia, 24 Mei 2011.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: