Program Satu JPJ Satu Komuniti: 578 warga emas, Orang Asli di Endau dapat lesen

ERSING 10 Dis. – Seramai 578 warga emas dan masyarakat Orang Asli menerima lesen kelas B2 (motosikal) yang menyertai program pelesenan berkelompok anjuran Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) negeri sempena Program Satu JPJ Satu Komuniti di Endau, dekat sini baru-baru ini.

Pengarah JPJ negeri, Rosli Ramli berkata, warga emas berumur 45 tahun ke atas dan masyarakat Orang Asli yang berumur melebihi 21 tahun layak menyertai program tersebut.

Beliau berkata, program itu merupakan salah satu usaha pihaknya memudahkan orang ramai khususnya warga emas untuk mendapatkan lesen memandu yang sah, di samping menyemai sikap mematuhi undang-undang jalan raya.

“Proses untuk dapatkan lesen memandu berkenaan adalah seperti biasa, bezanya kami sendiri turun padang menemui penduduk,” katanya kepada Utusan Malaysia.

Program tiga hari itu dirasmikan Timbalan Menteri Pertahanan yang juga Ahli Parlimen Mersing, Datuk Dr. Abdul Latiff Ahmad.

Menurutnya, Endau merupakan destinasi ketiga selepas Gelang Patah dan Batu Pahat sebagai lokasi Program Satu JPJ, Satu Komuniti dan setakat ini lebih 2,000 orang telah menyertai program itu.

Sementara itu, Abdul Latiff berharap lebih banyak program seumpama itu dianjurkan bagi dekatkan dengan masyarakat.

“Dengan adanya program turun padang ini, rakyat boleh dekati kakitangan kerajaan untuk dapatkan maklumat dengan mudah,” katanya.

Seorang penerima lesen, Rosiah Ismail, 48, berkata, dia membayar RM180 untuk dapatkan lesen dan tidak perlu ke bandar Mersing kerana JPJ turun padang menemui orang ramai.

“Saya gembira kerana kini mempunyai lesen menunggang motosikal yang sah dan ucapkan terima kasih kepada JPJ,” katanya.

 

Sumber: Utusan Malaysia, 11 Disember 2010.

 

Satu Respons

  1. SALAM. KAMI BERCADANG UNTUK MENGADAKAN PROGRAM SATU KOMUNITI SATU PROGRAM DI TAMAN DELIMA , SG PETANI. KEDAH.
    KAWASAN INI MELIPUTI 5 BUAH TAMAN IAITU TAMAN DELIMA, TAMAN INTAN, TAMAN ARKED, TAMAN NILAM DAN TAMAN SINAR INTAN. ANGGARAN PENDUDUK LIMA BUAH TAMAN INI ADALAH SEKITAR 5,000 ORANG DAN RAMAI PENDUDUK DISINI MASIH LAGI TIDAK MEMPUNYAI LESEN MEMANDU.

    HARAP MENDAPAT JAWAPAN DARI PIHAK JPJ.

    SEKIAN. TERIMA KASIH.

    DARIPADA: HJ MOHD SHAUKHI ZAKARIA
    PENGERUSI KRT TAMAN DELIMA FASA 2.
    TEL : 013-xxx xxxx / 04-xxxx xxx

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

Ikut

Get every new post delivered to your Inbox.

Join 85 other followers

%d bloggers like this: