Beli kereta, dapat lesen memandu percuma?

BUKIT MERTAJAM: Hasrat seorang peniaga, 26, untuk memiliki kereta sendiri berkecai apabila dia diperdayakan seorang penjual kereta wanita yang menjanjikannya lesen memandu jika dia membeli kereta daripada syarikat itu.

Mangsa bagaimanapun kecewa apabila jurujual wanita yang dikenalinya sejak sebulan lalu melalui seorang rakan datang menyerahkan lesen memandu palsu kepadanya, dua minggu lalu.

Katanya, wanita itu yang berusia 40-an bersama rakannya datang berjumpanya di kedainya dan menawarkan pembelian kereta kepadanya, 22 Mei lalu.

Menurutnya, walaupun sudah memberitahu wanita itu dia tidak mempunyai lesen memandu bagi membolehkannya membeli kereta tetapi wanita itu menjanjikan masalah itu boleh diselesaikan.

“Wanita itu memberitahu jika saya tiada lesen memandu, dia boleh bantu uruskan termasuk urusan pinjaman dengan bank tetapi saya diminta supaya membayar RM1,000 sebagai wang pendahuluan untuk kereta dan lesen itu tanpa memberitahu lesen itu adalah palsu.

“Saya yang kurang arif mengenai prosedur pembelian kereta hanya bersetuju dengan cadangan wanita itu walaupun terkejut apabila dia memberitahu boleh mendapatkan lesen memandu untuk saya tanpa perlu melalui apa-apa ujian memandu daripada Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ),” katanya selepas membuat laporan polis di Ibu Pejabat Polis Daerah Seberang Prai Tengah di Bandar Perda, semalam.

Beliau berkata, dia terkejut apabila wanita itu datang menyerahkan lesen memandu kepadanya hanya dalam masa beberapa hari saja selepas dia memberinya wang tunai RM1,000 dan lesen itu pula seakan-akan lesen sebenar.

Selepas mendapat lesen berkenaan, pada 25 Mei lalu, dia menerima panggilan telefon dari sebuah bank di Jalan Chain ferry, Butterworth yang memintanya untuk menandatangani dokumen perjanjian jual beli kereta.

Menurutnya, selepas urusan berkenaan selesai, dia menghubungi rakannya di Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) di Seberang Jaya bagi mengesahkan kesahihan lesen memandunya tetapi jawapan yang diterima adalah sebaliknya iaitu tiada rekod.

“Akibat tidak berpuas hati saya menghubungi wanita itu sebaliknya dia enggan menjawab menyebabkan saya membuat laporan polis,” katanya.

Sumber: Harian Metro, 11 Jun 2009.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

Ikut

Get every new post delivered to your Inbox.

Join 85 other followers

%d bloggers like this: