Ujian komputer JPJ akan dirombak

JOHOR BAHRU – Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) akan merombak soalan ujian berkomputer undang-undang jalan raya selepas lebih separuh daripada calon di seluruh negara gagal.

Jumlah calon yang menduduki ujian itu pada 2007 ialah 729,230 orang.

Menurut Ketua Pengarah JPJ, Datuk Solah Mat Hassan, pihaknya menerima aduan mengenai terdapatnya soalan-soalan yang mengelirukan pelajar institut memandu.

“Kita akan semak balik soalan dan buat soalan baru yang akan dikeluarkan sebulan lagi,” katanya kepada pemberita selepas mengadakan dialog bersama Persatuan Pemandu Lori Johor dan Persatuan Institut Memandu Johor di sini semalam.

Ujian berkomputer yang dikenali Ujian Undang-Undang (Bahagian I) itu diperkenalkan pada awal 2000 bagi menggantikan ujian lisan yang sebelum ini dibuat bagi menguji tahap pengetahuan seseorang pelajar institut memandu mengenai undang-undang jalan raya.

Menurutnya, soalan baru itu akan menggunakan bahasa yang lebih mudah difahami kerana matlamat JPJ adalah bagi menguji pengetahuan dan bukannya ujian bahasa.

Bagaimanapun katanya, JPJ tidak akan berkompromi dengan tahap penguasaan undang-undang jalan raya oleh pelajar institut memandu.

Sumber: Kosmo, 7 Februari 2009.

About these ads

11 Respons

  1. 4 jawapan tepat pilih yang paling tepat cam mana lagi saya nk buat byk duit habis da lima kali gagal kalau jawapan tu salah kita tak tau mana yang salah!!!!
    kalau jawapan tu betul tak ade tanda2 pun yang jawapan tu betul tiba2 keluar je gagal

  2. saya da 7 kali buat ujian tapi tak pernah lulus pun apa bodoh sangat saya ni,, soalan pun putar belit seakan akan sama ,, da pula tu tiap kali gagal rm30 selasa minggu depan masuk 8 kali rm30 X 8 rm240 mati la macam ni,,, kenapa la dunia ini penuh dengan duit,, tolong la macam mana nak lulus

  3. sy dh 4 kali ambil ujian komputer….sy dh x tau nk wt pe lg…

  4. askum sye nk tnye npe sye ambil lesen tk lulus

  5. kadang2 soalan2 ini mengelirukan saya..ada petua ke untuk saya menjawap dengan betul dengan soalan yang mengelirukan ini.

  6. saya tak tahu mengenai undang-undang jpj tolog bari tunjuk dengan kita orang.

  7. pasal ujian bekomputer bahagian 1 akan dirombak …dah satu tapi belum tukar lagi , soalan sekarang ni mmg susah

  8. Harap soalan akan menjadi lebih mudah selepas dirombak.Saya ada satu soalan,apakah keperluan yang perlu dibawa untuk pendaftaran Bahagian i?

  9. Kepada Che Fatin, anda telah memberikan alamat emel yang tidak sah. Jawapan kepada soalan anda telah dijawab melalui emel tetapi ia mendapat reply:

    :
    74.6.136.65 failed after I sent the message.
    Remote host said: 554 delivery error: dd This user doesn’t have a yahoo.com account (chefatinatien@yahoo.com) [-5] – mta1049.mail.sk1.yahoo.com.

    Pesanan buat SEMUA pemberi komen, sila berikan alamat emel yang sah.

  10. salam. .sekiranya sya gagal ujian komp. macam mna erk?sbb,ujian komp. nih agk lemah sdkit. .

  11. soalan 2 agak mengelirukan calon

    cth soalan:
    Pilih jawapan yg sesuai bagi penyataan di bawah:
    i.kerlin kepada cermin pandang belakang
    ii.Tunjjukkan perhatian lebih awal dan perhatikan riaksi
    pengguna jalan rayayang lain
    iii.memberek mengikut keperluan
    iV.guna gear yg sesuai
    V.kelajuan kenderaan mengikut jens halangan dihadapi

    A)peraturan jarak
    b)peraturan memotong
    c)pelan tindakan halangan
    d)peraturan di persimpangan

    (depetik dari totorial set 3 soalan 28)
    buku undang2 warna kuning
    dn bnyak lagi…

    kadang2 ssh untuk calon lulus…
    dan ini mendorong mereka mengunakan kenderaan tampa lesen…

Tinggalkan Jawapan

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Tukar )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Tukar )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Tukar )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

Follow

Get every new post delivered to your Inbox.

Join 77 other followers

%d bloggers like this: