Kelebihan kenderaan transmisi automatik

Oleh Mohd Razlan Salleh
mrazlan@hmetro.com.my

PENINGKATAN teknologi permotoran dunia dalam aspek kejuruteraan pemanduan selain pertambahan bilangan pe mandu wanita di jalan raya menjadikan kenderaan transmisi automatik sebagai pilihan.

Malah, semua pengeluar kenderaan dunia kini mengu tamakan pengeluaran kenderaan transmisi automatik yang lebih mudah dikendalikan selain kotak gear tiptronik yang membolehkan pemandu memandu secara manual tanpa perlu menekan klac.

Kenderaan dengan transmisi manual kini dianggap kuno dan hanya sesuai bagi mereka yang mahu mengambil lesen memandu selain digunakan dalam perlumbaan.

Memandu menggunakan transmisi automatik mungkin memberi keselesaan kepada pemandu terutama ketika meng harungi kesesakan jalan raya.

Perbezaan yang ketara antara kenderaan automatik dengan manual cuma sistem penukaran gearnya dan cara peng gunaannya saja.

Jika kenderaan manual, anda terpaksa menukar atau me masukkan gear menggunakan tangan serentak kaki memijak pedal klac, kenderaan automatik pula sebaliknya.

Anda hanya perlu memijak pedal minyak untuk meng gerakkan kenderaan.

Bagaimanapun, mereka yang baru pertama kali memandu menggunakan transmisi automatik perlu memahirkan diri dengan panel gear.

Ada beberapa abjad penting pada posisi gear automatik iaitu P untuk parking, R untuk reverse atau mengundur, N (neutral atau gear dalam keadaan bebas), D (drive atau memandu) dan L (lower) manakala bagi sesetengah kenderaan, huruf M (manual) atau S (sport) digunakan untuk mod manual.

Untuk bergerak, pemandu perlu menggerakkan panel gear daripada posisi P ke D dengan menekan butang pengunci antara P dan R pada bahagian tombol (sekiranya kotak gear jenis gated-shifter, pemandu perlu mengikut ‘pagar’ di tetapkan sehingga ke kedudukan D).

Asalnya, Gear L dicipta untuk mengharungi salji atau banjir lumpur dan boleh dikategorikan sebagai gear terendah dalam transmisi manual.

Pemandu tidak digalakkan untuk menggunakan gear ber kenaan dalam pemanduan seharian dan posisi D adalah memadai bagi keadaan jalan raya di Malaysia.

Bagi pemandu yang baru beralih daripada kereta transmisi manual kepada automatik, mereka perlu menyesuaikan diri terutama kedudukan kaki kiri.

Biasanya, apabila seseorang itu baru memandu kenderaan automatik, kaki kirinya sering mahu memijak pedal klac.

Oleh kerana kaki kiri tidak digunakan langsung apabila memandu kenderaan automatik, biasakan supaya jangan mengangkat kaki atau mengalih kaki kiri ketika memandu. Perbuatan memandu menggunakan kaki kiri untuk menekan brek adalah berbahaya.

Dari segi penjagaan, transmisi manual dan automatik adalah sama saja iaitu kekerapan memeriksa paras minyak melalui tolok yang ada pada kotak gear.

Penukaran minyak gear termasuk penapis seelok-eloknya dilakukan selepas 20,000 hingga 30,000 kilometer (km) perjalanan.

Menukar minyak gear penting bagi melicinkan sistem penukaran gear yang sentiasa bergantung kepada putaran minyak yang melalui penapis khasnya.

Penggunaan transmisi automatik menyebabkan pad brek cepat haus dan perlu ditukar lebih kerap berbanding kereta manual.

Kenderaan transmisi automatik tidak mempunyai kotak gear manual atau klac untuk membantu memperlahankan atau memberhentikan kenderaan ketika diperlukan.

Jika pemilik kereta gear manual dinasihati menyelenggara cakera brek setiap 20,000 km, pengguna kereta automatik pula seharusnya berbuat demikian lebih awal iaitu sekitar 10,000 hingga 15,000 km.

Sumber: Harian Metro, 11 Ogos 2008.

P/S- Kepada mereka yang ingin memahirkan diri memandu kenderaan auto, kami menyediakan khidmat kelas kemahiran pada harga yang berpatutan.

About these ads

Tinggalkan Jawapan

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Tukar )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Tukar )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Tukar )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

Follow

Get every new post delivered to your Inbox.

Join 78 other followers

%d bloggers like this: