15,000 di luar bandar terima lesen memandu melalui SKSJ

KANGAR — Kira-kira 15,000 masyarakat luar bandar yang berpendapatan rendah berumur 45 tahun ke atas di seluruh negara termasuk di Sabah dan Sarawak berjaya mendapatkan lesen memandu kelas B2 melalui program Satu Komuniti Satu JPJ (SKSJ) sepanjang tahun lepas. Timbalan Ketua Pengarah Pengangkutan Jalan Malaysia, Datuk Ismail Ahmad berkata, selain daripada masyarakat luar bandar, program [...]

Penduduk Bukit Permai pula terima lesen memandu B2 melalui SKSJ

DAPAT LESEN. Seramai 205 penduduk Dewan Undangan Negeri Bukit Permai yang berusia 45 tahun ke atas berjaya memperoleh lesen P Kelas B2 sempena Program Satu Komuniti Satu Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) di Kampung Rahmat, Kulaijaya baru-baru ini. Program yang dimulakan sejak tahun 2009 itu bertujuan menjalinkan hubungan mesra antara JPJ dan masyarakat luar bandar. Pengarah [...]

JPJ sediakan 35 program SKSJ di seluruh negara tahun ini.

BESUT: Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) akan mengadakan 35 program ‘Satu Komuniti Satu JPJ’ (SKSJ) di seluruh negara termasuk Sabah dan Sarawak tahun ini bagi memberi kemudahan kepada masyarakat setempat terutamanya penduduk luar bandar. Timbalan Pengarah JPJ Datuk Ismail Ahmad berkata antara lain pengisian program itu ialah untuk memberi perkhidmatan kepada orang ramai mengambil lesen memandu [...]

JPJ akan buka cawangan di Cameron Highlands

GUA MUSANG: Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) akan membuka pejabat cawangannya di Cameron Highlands untuk kemudahan orang ramai membuat urusan berkaitan lesen memandu dan membaharui cukai jalan. Ketua Pengarah JPJ, Datuk Solah Mat Hassan, berkata bangunan cawangan baru itu sudah dikenal pasti dan kerja membaik pulih akan dilakukan dalam masa terdekat. “Kami terima banyak pertanyaan daripada [...]

SKSJ: Warga emas, Orang Asli di Kuala Lipis dapat lesen memandu

KUALA LIPIS 18 Mac – Seramai 447 warga emas serta Orang Asli sekitar kawasan Merapoh dan Padang Tengku dekat sini yang sebelum ini tidak mempunyai lesen motosikal, gembira apabila berjaya memperolehinya daripada Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ). Mereka memperoleh lesen itu selepas menduduki ujian lesen kelas B2 sempena Program Satu Komuniti Satu JPJ bagi Dewan Undangan [...]

Luar negara: Lelaki 72 tahun sudah pandu kenderaan sejauh 800,000km

HANOI – Seorang bekas pengurus syarikat penerbangan Lufthansa, Gunther Holtorf telah memandu sebuah kenderaan pacuan empat roda sejauh 800,000 kilometer di 198 buah negara. Holtorf, 72, tiba di Hanoi, Vietnam baru-baru ini dengan memandu kenderaan Mercedes-Benz keluaran tahun 1988. Dia dalam misi untuk menamatkan pemanduan melalui jalan raya yang menghubungkan negara-negara di dunia. Dia pernah [...]

Penduduk Melaka disaran manfaat program SKSJ

JASIN 23 Okt. – Penduduk negeri ini terutama mereka yang menghadapi kesukaran berurusan di kaunter Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) disaran memanfaatkan penganjuran program Satu Komuniti Satu JPJ (SKSJ). Timbalan Ketua Pengarah Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ), Datuk Ismail Ahmad berkata, antara keistimewaan program itu bagi membolehkan orang ramai mendapatkan lesen motosikal dengan cepat melalui ujian khas. [...]

SKSJ di Melaka: 324 warga emas dapat lesen motosikal

MELAKA 12 Okt. – Seramai 324 warga emas dengan yang paling tua berusia 73 tahun di Dewan Undangan Negeri (DUN) Serkam di sini, bakal memperoleh lesen motosikal kelas B2. Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Serkam, Datuk Ghazale Mohamad berkata, turut menerima lesen motosikal melalui program Satu Komuniti Satu JPJ (SKSJ) ialah 14 masyarakat Orang Asli [...]

SKSJ di Bario- warga emas 84 tahun antara yang lulus.

BARIO 29 Sept. – Mereka berada nun jauh di pedalaman utara negeri ini dan satu-satunya laluan darat yang menghubungkan mereka dengan dunia luar ialah jalan balak yang cukup mencabar. Perjalanan darat itu mengambil masa yang panjang dan menelan belanja yang jauh lebih besar berbanding menggunakan pesawat penumpang kecil jenis Twin Otter ke Miri yang hanya [...]

SKSJ: 5,760 warga emas, Orang Asli dapat lesen B2 di Pulau Pinang

KEPALA BATAS 19 Jun – Seramai 5,760 peserta berjaya menerima lesen motosikal Kelas B2 melalui program anjuran Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ), 1Komuniti 1JPJ (SKSJ) di seluruh negara sejak Januari lalu. Timbalan Ketua Pengarah Jalan (JPJ), Datuk Ismail Ahmad berkata, pihaknya sedaya-upaya membantu peserta yang kebanyakannya warga emas dan Orang Asli mendapatkan lesen motosikal. “Setakat ini [...]

Follow

Get every new post delivered to your Inbox.