Klinik keluar sijil kesihatan untuk pemohon GDL, PSV dipantau

PETALING JAYA: Kementerian Kesihatan dan Kementerian Pengangkutan akan memantau kegiatan beberapa klinik swasta yang didakwa membuat pengesahan kesihatan kepada pemandu bagi mendapatkan Lesen Kenderaan Perdagangan (GDL) dan Kenderaan Pengangkutan Awam (PSV) tanpa perlu menjalani pemeriksaan kesihatan dengan bayaran serendah RM4. Menteri Kesihatan, Datuk Seri Liow Tiong Lai, berkata pihaknya memandang serius perkara itu kerana adalah [...]

Statistik terkini: Satu keluarga, tiga kenderaan!

Kementerian Pengangkutan lapor bilangan meningkat 11.7 peratus KUALA LUMPUR: Dianggarkan setiap keluarga memiliki sekurang-kurangnya tiga kenderaan berdasarkan statistik terbaru Kementerian Pengangkutan menunjukkan sebanyak 21.2 juta kenderaan didaftarkan di negara ini sehingga tahun lalu.Bilangan kenderaan berkenaan meningkat kira-kira 11.7 peratus berbanding tahun sebelumnya, manakala sebanyak 1.15 juta kenderaan baru didaftarkan pada 2010 meningkat 13.7 peratus berbanding [...]

Syarat ketinggian minimum 154cm bagi pemohon lesen vokasional kekal

KUALA LUMPUR 2 Nov. – Kementerian Pengangkutan tidak bercadang membatalkan syarat yang mewajibkan pemohon lesen kenderaan komersial (lesen vokasional) sekurang-kurangnya mencapai ketinggian 154cm. Timbalan Menteri Pengangkutan, Datuk Abdul Rahim Bakri berkata, syarat sedia ada adalah bagi memastikan pemandu kompeten dalam mengendalikan kenderaan di bawah kendalian mereka. “Sebagaimana yang diperuntukkan di bawah Kaedah 4(b)(i) dan 4©(iii), [...]

158 pemandu teksi disaman, termasuk kesalahan tiada lesen PSV.

SHAH ALAM 30 Julai – Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Selangor menyaman sebanyak 158 teksi daripada 380 yang diperiksa atas pelbagai kesalahan dalam beberapa operasi di sekitar Shah Alam, Petaling Jaya dan Klang semalam. Operasi yang bermula 12 tengah hari itu dijalankan berikutan aduan orang awam atas pelbagai kesalahan pemandu teksi, termasuk tidak menggunakan meter, dipandu [...]

Dari Akhbar: Modul institut memandu dikaji kurangkan kemalangan

KUALA LUMPUR: Kementerian Pengangkutan sedang mengkaji modul institut memandu di seluruh negara bagi melahirkan pemandu berhemah, sekali gus mampu mengurangkan kematian dan kecederaan akibat kemalangan jalan raya. Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Ong Tee Keat, berkata perkara itu yang kini dalam kajian memperlihatkan beberapa perubahan modul lebih baik. “Kita sedang melaksanakannya dengan kerjasama pelbagai pihak termasuk [...]

Cadangan sekolah latihan pengangkutan awam.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz, mencadangkan sekolah latihan pengangkutan awam diwujudkan bagi melatih pemandu bas dan teksi supaya memandu lebih berhemah dan dapat meningkatkan kualiti pengangkutan awam. Katanya, dengan adanya sekolah berkenaan kerajaan dapat memantau pemandu bas dan teksi melalui pangkalan data pemandu yang akan diwujudkan menerusi sekolah latihan itu. [...]

Dari Akhbar: Dialog untuk pemohon PSV teksi lemah bahasa Melayu

KUALA LUMPUR: Kementerian Pengangkutan akan mengadakan dialog dengan persatuan dan pemandu teksi bagi menangani masalah dan kesukaran yang dihadapi ahli ketika memohon lesen Perkhidmatan Kenderaan Awam (PSV).  Menterinya, Datuk Seri Ong Tee Keat, berkata dialog itu yang akan dilaksanakan oleh Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) tidak lama lagi bagi membantu golongan terbabit yang lemah dalam penguasaan [...]

Apa dah jadi… Cuma 15 daripada 627 teksi Lembah Kelang tak buat kesalahan?

PUTRAJAYA 30 Mac — Hanya 15 daripada 627 teksi yang diperiksa di sekitar Lembah Kelang bersih dari sebarang kesalahan, menurut statistik Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) berdasarkan operasi penyamaran dari 16 hingga 29 Mac lepas. Pengarah Penguatkuasa JPJ Salim Parlan berkata sebanyak 1,428 kesalahan direkodkan bagi 612 teksi tersebut, termasuk tidak menggunakan meter yang berjumlah 432 [...]

Dari Akhbar: 700,000 pemandu komersial jalani ujian

Sumber: Berita Harian, 23 Feb. 2008, Oleh Mohamed Farid Noh. KUALA LUMPUR: Kerajaan melantik tenaga pengajar profesional dari Australia untuk melatih 700,000 pemandu komersial seluruh negara, terutama kenderaan berat dalam usaha mengurangkan risiko dan menangani kemalangan maut. Menteri Sumber Manusia, Datuk Seri Fong Chan Onn, berkata tahun lalu Kabinet meluluskan kandungan dan modul pengajaran pemanduan [...]

Follow

Get every new post delivered to your Inbox.