Ops besar-besaran JPJ menjelang Hari Raya

MIRI: Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) akan mengadakan operasi besar-besaran menjelang Hari Raya Aidilfitri ini bagi memastikan semua pengguna jalan raya mematuhi peraturan terutama dalam pemakaian tali pinggang belakang kenderaan. Ketua Pengarah JPJ Datuk Solah Mat Hassan berkata walaupun pelbagai kempen telah diadakan, masih ramai penumpang enggan menggunakan tali pinggang belakang. Tindakan saman boleh dikenakan terhadap [...]

17 maut di jalan raya setiap hari

BERA 18 Jun – Purata kematian akibat kemalangan jalan raya di negara ini pada setiap hari sepanjang tahun lalu adalah seramai 17 orang. Ketua Pengarah Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ), Datuk Solah Mat HassanĀ (gambar)memberitahu, pihaknya mencatatkan 6,218 kes kemalangan maut daripada 397,330 kes kemalangan di seluruh negara pada tahun lalu. Daripada jumlah kemalangan maut itu, kata [...]

Awas! Mulai 1 Mei 2011 saman trafik akan disertakan gambar.

KUALA LUMPUR 28 April – Polis Diraja Malaysia (PDRM) menyertakan gambar kenderaan yang didapati melanggar undang-undang jalan raya di kawasan mempunyai rakaman kamera litar tertutup (CCTV) dalam setiap notis yang dihantar kepada pesalah trafik mulai 1 Mei ini. Timbalan Ketua Polis Negara, Datuk Khalid Abu Bakar berkata, gambar tersebut akan diletakkan di bawah kaki notis [...]

Pasanglah tali pinggang keledar belakang

PENUMPANG belakang dalam perjalanan balik kampung bersempena musim hari raya perlu pastikan yang mereka menggunakan tali pinggang kaledar kerana jika tidak mereka boleh didenda RM300. Peraturan mewajibkan penggunaan tali pinggang keledar oleh penumpang di belakang masih berkuatkuasa dan pihak penguatkuasa sedang meningkatkan tindakan terhadap sesiapa sahaja yang gagal mematuhi peraturan ini, kata Ketua Pengarah Jabatan [...]

Elak tragedi Hari Raya Aidilfitri

RASAH 1 Sept. – Polis mengingatkan orang ramai yang pulang bercuti pada Hari Raya Aidilfitri supaya tidak mengubah suasana gembira itu menjadi tragedi akibat lalai dan cuai ketika memandu. Ketua Polis negeri, Datuk Osman Salleh berkata, pemandu perlu mengelak memandu terlalu laju terutama di jalan yang lurus kerana ia boleh menjadi menyumbang kepada kemalangan maut. [...]

4 laluan maut di Sarawak diawasi

KUCHING 2 Sept. – Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Sarawak akan memberi tumpuan kepada empat laluan maut di negeri ini sepanjang pelaksanaan Ops Sikap Ke-22 kali ini. Pengarah JPJ negeri, Abdul Hamed Akob berkata, seramai 80 anggota penguat kuasa jabatan itu akan dikerahkan bagi mengawasi jalan maut berkenaan termasuk di 32 lokasi kerap berlaku kemalangan yang [...]

800 disaman dalam Ops Checkmate

PADANG BESAR 22 Jun – Hampir 800 pengguna termasuk dari Thailand disaman kerana melakukan pelbagai kesalahan lalu lintas ketika Ops Checkmate oleh Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) di sini sepanjang Mac hingga awal Mei lalu. Pengarah JPJ Perlis, Zulhasmi Mohamad memberitahu, daripada 797 pengguna itu, 85 daripadanya melibatkan kenderaan dari negara jiran. Dalam operasi bermula 1 [...]

Salah faham isu tali pinggang keledar

MELAKA 6 Mei – Orang ramai masih berpendapat pelaksanaan undang- undang yang mewajibkan penumpang belakang kenderaan memakai tali pinggang keledar ketika ini ditangguhkan. Pengarah Jabatan Keselamatan Jalan Raya (JKJR) negeri, Norazle Sulaiman berkata, dalam Ops Nasihat yang diadakan baru-baru ini daripada 250 kenderaan yang diperiksa sejumlah 30 daripadanya tidak memakai tali pinggang keledar belakang. Menurutnya, [...]

Kamera AES untuk kurangkan kemalangan, bukan untuk kutip saman

KOTA KINABALU 3 Mei – Pemasangan kamera sistem penguatkuasaan automatik (AES) di 831 lokasi di seluruh negara hujung tahun ini bukan bertujuan meningkat hasil saman, sebaliknya untuk mengurangkan kemalangan. Ketua Pengarah Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ), Datuk Solah Mat Hassan berkata, langkah itu adalah yang paling relevan ketika ini untuk mengurangkan kemalangan di kawasan berisiko tinggi. [...]

Ramai pemandu kereta degil

BUKIT MERTAJAM 23 April – Jabatan Keselamatan Jalan Raya (JKJR) tidak pernah membatalkan peraturan yang mewajibkan pemakaian tali pinggang keledar di tempat duduk belakang kenderaan. Pengarah JKJR Pulau Pinang, S. Jegan menegaskan, pengguna kenderaan yang masih berdegil mematuhi peraturan tersebut akan tetap dikenakan saman maksimum RM300 setiap seorang. “Malah jika penumpang yang berusia di bawah [...]

Follow

Get every new post delivered to your Inbox.