Guna plat senget untuk kelirukan JPJ.

KEMAMAN – Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Terengganu mengesan ‘trend’ terbaru pemandu kereta di negeri ini yang menggunakan nombor plat hadapan yang diletakkan dalam kedudukan senget, sekali gus membuatkan ia sukar dilihat. Keadaan itu mengelirukan serta menyukarkan penguat kuasa JPJ ketika operasi dilakukan selain nombor pendaftaran itu juga sukar dirakam oleh kamera di zon perangkap had [...]

15,000 di luar bandar terima lesen memandu melalui SKSJ

KANGAR — Kira-kira 15,000 masyarakat luar bandar yang berpendapatan rendah berumur 45 tahun ke atas di seluruh negara termasuk di Sabah dan Sarawak berjaya mendapatkan lesen memandu kelas B2 melalui program Satu Komuniti Satu JPJ (SKSJ) sepanjang tahun lepas. Timbalan Ketua Pengarah Pengangkutan Jalan Malaysia, Datuk Ismail Ahmad berkata, selain daripada masyarakat luar bandar, program [...]

Modul baru lesen kenderaan automatik diperkenal tahun ini.

PARIT: Populariti tinggi kenderaan automatik dikalangan rakyat Malaysia menyebabkan Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) memperkenalkan modul baru pelajaran memandu selaras dengan lesen memandu kereta automatik yang bakal diperkenalkan tahun ini. Timbalan Ketua Pengarahnya, Datuk Ismail Ahmad berkata, ia seiring dengan perkembangan semasa pengeluaran kenderaan yang lebih banyak menggunakan gear automatik. Mungkin dalam tempoh akan datang  SEMUA [...]

Lebih 3 kali gagal ujian komputer, OKU mohon ujian undang-undang diringankan.

BALING – Seorang penduduk kurang upaya (OKU) di Kampung Charuk Sikin, Kupang Panjang di sini berharap permohonan lesen memandu tanpa mengikuti kelas komputer dapat dipertimbangkan pihak berwajib. Ahmad Abdul Rahim, 70, ataupun lebih dikenali sebagai Pak Long Pendek berkata, berikutan fizikalnya yang kerdil, dia sering gagal ujian komputer mengakibatkannya gagal untuk memperoleh lesen memandu. Bapa [...]

JPJ akan buka cawangan di Cameron Highlands

GUA MUSANG: Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) akan membuka pejabat cawangannya di Cameron Highlands untuk kemudahan orang ramai membuat urusan berkaitan lesen memandu dan membaharui cukai jalan. Ketua Pengarah JPJ, Datuk Solah Mat Hassan, berkata bangunan cawangan baru itu sudah dikenal pasti dan kerja membaik pulih akan dilakukan dalam masa terdekat. “Kami terima banyak pertanyaan daripada [...]

SKSJ: Warga emas, Orang Asli di Kuala Lipis dapat lesen memandu

KUALA LIPIS 18 Mac – Seramai 447 warga emas serta Orang Asli sekitar kawasan Merapoh dan Padang Tengku dekat sini yang sebelum ini tidak mempunyai lesen motosikal, gembira apabila berjaya memperolehinya daripada Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ). Mereka memperoleh lesen itu selepas menduduki ujian lesen kelas B2 sempena Program Satu Komuniti Satu JPJ bagi Dewan Undangan [...]

20 tahun menunggang motosikal tanpa lesen, akhirnya warga emas dapat lesen melalui SKSJ

TASEK GELUGOR 25 Feb. – Setelah lebih 20 tahun menunggang motosikal tanpa lesen, seorang warga emas akhirnya berjaya memiliki lesen selepas lulus ujian Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) melalui program Satu Komuniti Satu JPJ di Sekolah Kebangsaan (SK) Pokok Sena di sini hari ini. Desa Ariffin, 74, dari Sungai Lokan, Sungai Dua di sini berkata, lesen [...]

Warga emas Jeli dapat lesen motosikal melalui SKSJ.

JELI 31 Dis. – Seramai lebih 150 warga emas di Kampung Ayer Lanas di sini gembira apabila berjaya memiliki lesen motosikal selepas lulus ujian Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) di kampung itu melalui program Satu Komuniti Satu JPJ. Bagi Jusuh Awang, 62, ia menjadi hari yang amat bermakna dalam hidupnya apabila menerima lesen tersebut daripada pegawai JPJ memandangkan [...]

SKSJ dekatkan JPJ dengan masyarakat

KOTA TINGGI 31 Dis. – Seramai 218 orang warga emas dari kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Pasir Raja dan DUN Panti dekat sini menerima lesen motosikal Kelas B2 daripada Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) negeri, di sini baru-baru ini. Penyampaian disempurnakan oleh Timbalan Ketua Pengarah JPJ, Datuk Ismail Ahmad dalam satu majlis yang diadakan di Dewan [...]

Penduduk Melaka disaran manfaat program SKSJ

JASIN 23 Okt. – Penduduk negeri ini terutama mereka yang menghadapi kesukaran berurusan di kaunter Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) disaran memanfaatkan penganjuran program Satu Komuniti Satu JPJ (SKSJ). Timbalan Ketua Pengarah Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ), Datuk Ismail Ahmad berkata, antara keistimewaan program itu bagi membolehkan orang ramai mendapatkan lesen motosikal dengan cepat melalui ujian khas. [...]

Follow

Get every new post delivered to your Inbox.