Pemandu tangkap muat punca utama kemalangan bas ekspres

BUKIT MERTAJAM 27 Jan. – Tindakan syarikat bas ekspres yang menggunakan khidmat pemandu ‘tangkap muat’ menjadi salah satu penyumbang utama kepada kemalangan jalan raya serta pelanggaran peraturan lalu lintas. Pengarah Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Pulau Pinang, Datuk Hassan Yaccob berkata, ini kerana kebanyakan pemandu tidak terlatih menjadi pemandu bas sebagai alternatif akhir selepas mereka bersara [...]

Pemandu tiada lesen memandu bawa pelajar ke Genting

GENTING HIGHLANDS 15 Okt. – Polis berjaya menghalang seorang lelaki daripada membahayakan nyawa sekumpulan pelajar kolej swasta dengan membawa mereka menaiki bas yang dipandu tanpa lesen dari pusat peranginan Genting Highlands apabila menahannya dalam sekatan jalan raya di sini hari ini. Semasa ditahan, lelaki terbabit yang tidak memiliki lesen memandu dalam perjalanan mengambil kumpulan pelajar [...]

Apa kata pengguna: Mengapa 80 peratus yang mati penunggang motosikal?

STATISTIK angka kematian pada Ops Sikap ke-24 lalu amat mengecewakan. Ketua Polis Negara (KPN), Tan Sri Ismail Omar juga mengakui akan kegagalan keberkesanan operasi tersebut. Pelbagai cara dicari, pelbagai rancangan diatur dan pelbagai pendekatan dibuat, namun angka kematian terus meningkat. Jumlah 289 adalah satu angka kematian yang paling tinggi semenjak Ops Sikap diperkenalkan dan ini [...]

Apakah hukuman memandu melulu sehingga menyebabkan kematian?

IPOH 7 Sept – Seorang pemandu bas ekspres hari ini dihukum penjara empat tahun dan denda RM10,000 atau enam bulan penjara sekiranya gagal membayar denda itu oleh Mahkamah Trafik di sini kerana memandu secara melulu sehingga menyebabkan kematian 10 penumpang, dua tahun lepas. Majistret Mohamed Ruhizat Abdullah turut memutuskan supaya lesen memandu Mohd Kamil Mohd [...]

Pemandu bas ekspres digesa ikut peraturan

KUALA LUMPUR 16 Ogos – Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) meminta semua pemandu bas ekspres agar mematuhi peraturan keselamatan jalan raya bagi bersama-sama memastikan kadar kemalangan jalan raya pada sambutan Hari Raya Aidilfitri kali ini berkurangan. Pengarah JPJ Kuala Lumpur, Mohd. Nadzri Osman berkata, setiap pemandu bas ekspres tidak harus mementingkan diri sendiri semata-mata mahu cepat [...]

Pemandu bas warga asing diusul sejak 1997

KUALA LUMPUR 7 Ogos – Langkah menggajikan warga asing sebagai pemandu bas adalah jalan penyelesaian segera bagi mengatasi masalah kekurangan pemandu yang semakin kritikal ketika ini. Presiden Persatuan Pengusaha Bas Se-Malaysia (PMBOA), Datuk Mohamad Ashfar Ali berkata, cadangan itu juga bukan baru kerana kertas cadangan pengambilan pekerja asing sebagai pemandu bas pernah dikemukakan kepada Lembaga [...]

Lesen PSV mahal punca kurang pemandu bas ekspres warga tempatan

KUALA LUMPUR: Kos tinggi dipercayai mencecah RM5,000 bagi mendapatkan Lesen Memandu Perkhidmatan Kenderaan Awam (PSV) menjadi punca menyumbang kepada kekurangan pemandu bas ekspres tempatan, sekali gus timbul cadangan menggunakan khidmat pekerja asing bagi sektor terbabit. Presiden Persatuan Pengusaha Bas Ekspres Malaysia (PPBEM), Datuk Ashfar Ali, berkata bayaran yang terlalu tinggi untuk memperoleh lesen PSV dan [...]

Bekas pemandu bas sebabkan kematian wanita dipenjara, didenda dan digantung lesen.

KUALA LUMPUR: Seorang bekas pemandu bas hari ini dipenjara 30 bulan dan didenda RM10,000 selepas didapati bersalah oleh Mahkamah Trafik kerana memandu dengan cuai sehingga mengakibatkan kematian seorang wanita beranak dua pada Januari 2009. Majistret Parvin Hameedah Natchiar berkata, jika K Vijendran, 51, gagal membayar denda RM10,000, tertuduh akan dipenjara 10 bulan lagi. Beliau turut [...]

Klinik keluar sijil kesihatan untuk pemohon GDL, PSV dipantau

PETALING JAYA: Kementerian Kesihatan dan Kementerian Pengangkutan akan memantau kegiatan beberapa klinik swasta yang didakwa membuat pengesahan kesihatan kepada pemandu bagi mendapatkan Lesen Kenderaan Perdagangan (GDL) dan Kenderaan Pengangkutan Awam (PSV) tanpa perlu menjalani pemeriksaan kesihatan dengan bayaran serendah RM4. Menteri Kesihatan, Datuk Seri Liow Tiong Lai, berkata pihaknya memandang serius perkara itu kerana adalah [...]

Tiada lagi tolak ansur- JPJ aktifkan semula rekod senarai hitam, sistem KEJARA

KUALA LUMPUR: Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) akan mengaktifkan semula rekod senarai hitam bagi pesalah trafik yang tidak membayar saman bermula 1 Mac 2011. Ketua Pengarah JPJ, Datuk Solah Mat Hassan berkata, rekod itu diaktifkan selepas tempoh kelonggaran pembayaran saman tamat kelmarin. Katanya, pihaknya juga akan menguatkuasakan Sistem Merit Kesalahan Jalan Raya (Kejara) untuk pesalah trafik. [...]

Follow

Get every new post delivered to your Inbox.