JPJ kutip lebih RM3.1 bilion dalam 2011

PUTRAJAYA 18 Jan. – Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) berjaya mengutip lebih RM3.1 bilion melalui pelbagai urusan berbayar pada tahun lalu dengan RM2.18 bilion daripadanya menerusi pengeluaran lesen kenderaan motor. Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Kong Cho Ha berkata, hasil tersebut mengatasi kutipan kategori urusan lain iaitu lesen memandu (RM376.82 juta), tender nombor pendaftaran (RM180.77 juta), pendaftaran [...]

Jangan berlembut dengan penunggang muda- Presiden CAP.

KATEGORI mangsa kemalangan jalan raya yang paling terjejas teruk di Malaysia ialah mereka yang berada dalam kumpulan berusia 16 hingga 25 tahun yang menunggang motosikal dan memandu kereta. Mereka memerlukan paling banyak perhatian dan kefahaman yang lebih baik berhubung kesedaran keselamatan. Rancangan sedang dijalankan untuk mendidik mereka yang berada dalam kumpulan kategori ini. Persatuan Pengguna [...]

Dari Akhbar: 157 Orang Asli dapat lesen memandu

JERANTUT 5 Okt. – Setahun lalu, seorang penduduk Orang Asli yang buta huruf dari Kampung Sungai Retang, dekat sini dikompaun Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) sebanyak RM150 kerana menunggang motosikal tanpa lesen dan cukai jalan. Sejak itu, Mustapa a/l Jali, 37, serik untuk menunggang lalu bertekad mendapatkan lesen memandu walaupun tidak mampu membaca dan menulis. Bagaimanapun [...]

Dari Akhbar: Warga emas dua kali hilang motosikal akibat tiada lesen

Seorang warga emas yang baru mendapat lesen memandu menerusi program komuniti anjuran Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) masih tidak dapat melupakan keperitan dilaluinya selama ini terutama kehilangan dua motosikal yang disorok dalam semak bagi mengelak sekatan jalan raya yang diadakan agensi itu dan polis. Bagaimanapun, Abdul Rahman Awang, 68, dari Chalok Barat di sini mengaku dia [...]

Dari Akhbar: Penurunan bayaran latihan kurangkan penunggang motosikal tanpa lesen, bantu penduduk desa.

ALOR SETAR: Langkah kerajaan mengurangkan kadar bayaran untuk mendapatkan lesen motosikal berkuasa 250cc ke bawah dijangka mampu mengurangkan jumlah penunggang motosikal tanpa lesen selain meringankan beban terutama penduduk luar bandar yang berpendapatan rendah. Ketua Pengarah Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ), Datuk Solah Mat Hassan, berkata kadar baru itu dipersetujui antara kerajaan dan Persatuan Institut Memandu memandangkan [...]

Dari Akhbar: Pelajar ditahan JPJ miliki lesen memandu palsu

Tak faham prosedur punca terpedaya sindiket jual lesen BALING: Seorang pelajar Kolej Universiti Insaniah (Insaniah) terkejut apabila mendapati lesen memandu yang dimilikinya sejak setahun lalu adalah lesen palsu selepas diperiksa Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) dalam satu sekatan jalan raya di sini, kelmarin. Mohd Azraie Muhammad Yunus, 19, berkata dia membuat lesen memandu itu tahun lalu [...]

Dari Akhbar: Sosioekonomi punca pelajar tunggang tanpa lesen

KUALA LUMPUR: Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) mengenal pasti masalah kekurangan pengangkutan awam dan sosioekonomi keluarga, antara faktor pelajar yang tidak mempunyai lesen menunggang motosikal ke sekolah.  Ketua Pengarah JPJ, Datuk Solah Mat Hassan, berkata kebanyakan kawasan luar bandar tidak mempunyai kemudahan pengangkutan awam yang memudahkan pelajar untuk pergi ke sekolah kerana penempatan jauh serta prasarana [...]

Berapakah nilai 91 saat anda?

USD100. Sertai segera:    

Proses tambah kelas E

Proses mendapatkan lesen B2 & D

Follow

Get every new post delivered to your Inbox.