Sistem ujian pandu auto diterima baik PIMA

KUALA LUMPUR 12 Jan. – Persatuan Institut Memandu Malaysia (PIMA) menyambut baik langkah kerajaan memperkenalkan lesen memandu kelas automatik bermula Jun ini.

Presidennya, Mat Ari Bakar berkata, orang ramai tidak perlu bimbang dengan penambahbaikan yang dibuat kerajaan kerana mereka masih boleh memilih untuk diuji dengan kereta transmisi manual atau automatik.

“PIMA melihat langkah kerajaan ini seiring dengan kemajuan teknologi semasa yang sekali gus memberi kemudahan kepada orang ramai.

“Selain itu, kita juga dapat melihat bahawa kerajaan komited memenuhi permintaan rakyat yang segelintirnya mahukan latihan memandu menggunakan kereta transmisi automatik,” katanya.

Beliau berkata demikian sebagai mengulas kenyataan Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Kong Cho Ha yang memperkenalkan sistem baru dalam Kurikulum Baharu Pendidikan Pemandu bermula sekitar Jun depan.

Menurut Mat Aris, sistem tersebut dilihat tidak membebankan industri automotif kerana yakin kerajaan mengkaji permasalahan yang akan berbangkit pada masa akan datang.

Sementara itu, Pengerusi Eksekutif Institut Memandu Kenderaan Darat (GPSM), Harun Shafiee berkata, pihaknya juga menerima keputusan itu dengan terbuka namun meminta kerajaan meneliti beberapa perkara sebelum ia dilaksanakan,” ujarnya.

 

Sumber: Utusan Malaysia, 13 Januari 2012.

Tinggalkan Jawapan

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Tukar )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Tukar )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

Follow

Get every new post delivered to your Inbox.