Pemandu tangkap muat punca utama kemalangan bas ekspres

BUKIT MERTAJAM 27 Jan. – Tindakan syarikat bas ekspres yang menggunakan khidmat pemandu ‘tangkap muat’ menjadi salah satu penyumbang utama kepada kemalangan jalan raya serta pelanggaran peraturan lalu lintas.

Pengarah Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Pulau Pinang, Datuk Hassan Yaccob berkata, ini kerana kebanyakan pemandu tidak terlatih menjadi pemandu bas sebagai alternatif akhir selepas mereka bersara atau hilang pekerjaan di sektor lain.

Menurutnya, senario itu mengakibatkan banyak kes pelanggaran undang-undang lalu lintas berlaku menjadi penyumbang kepada kemalangan jalan raya yang ada kalanya melibatkan kehilangan nyawa.

“Hasil pemantauan JPJ sepanjang operasi Tahun Baru Cina di dua terminal bas iaitu Terminal Sementara Penang Sentral dan Terminal Bas Ekspres Sungai Nibong di George Town didapati ada pemandu bas ekspres yang tidak memiliki Lesen Memandu Pengangkutan Awam (PSV) serta tiada lesen memandu.

“Pemandu seperti ini hanya mencari keuntungan untuk diri mereka tanpa memikirkan keselamatan penumpang serta pengguna jalan raya yang lain,” katanya pada sidang akhbar di pejabatnya di Seberang Jaya, di sini hari ini.

Menurut Hassan, kesalahan lain yang dikesan sepanjang operasi itu adalah tiada permit perjalanan, melanggar lampu isyarat merah, tiada buku log serta kesalahan teknikal seperti menghisap rokok serta menggunakan telefon bimbit ketika memandu.

Beliau berkata, sepanjang operasi bermula 16 Januari lalu sehingga semalam, sebanyak 5,249 kenderaan diperiksa dan 1,330 kenderaan diambil tindakan melibatkan 2,063 kesalahan dengan 1,263 saman dikeluarkan.

“Antara kesalahan yang dikesan adalah 833 melibatkan aspek teknikal manakala 300 pemandu dikesan tiada cukai jalan manakala 568 lagi memandu tanpa lesen,” katanya.

 

Sumber: Utusan Malaysia, 28 Januari 2012.

Tinggalkan Jawapan

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Tukar )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Tukar )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

Follow

Get every new post delivered to your Inbox.