Ops Khas JPJ sita 60 kenderaan di Seremban.

SEREMBAN 21 Jan. – Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) negeri bertindak menyita 60 buah kereta termasuk motosikal atas pelbagai kesalahan dalam Ops Khas yang dijalankan sekitar negeri ini malam tadi.

Pengarah JPJ negeri, Saiful Azzri Hamzah berkata, operasi tersebut yang membabitkan 50 anggota dijalankan bermula pukul 8 sehingga 11.30 malam di sekitar bandar ini, Pedas dan Bahau.

‘‘Antara kesalahan yang dilakukan pesalah jalan raya terbabit termasuk tidak memiliki lesen memandu, tiada cukai jalan serta tiada perlindungan insurans.

‘‘Dalam operasi itu kita telah menyita 50 buah kereta serta 10 motosikal atas pelbagai kesalahan termasuk mengubah suai kenderaan daripada spesifikasi asal,” katanya.

Jelasnya, daripada 300 buah kenderaan yang diperiksa, pihaknya telah mengeluarkan sebanyak 207 saman terhadap pemilik kereta dan motosikal kerana melakukan kesalahan teknikal.

‘‘Saman ini membabitkan 136 pemilik motosikal serta 71 kereta kerana didapati melakukan kesalahan teknikal termasuk menggunakan cermin gelap.

‘‘Operasi menyeluruh di negeri akan diteruskan dari semasa ke semasa termasuk pemeriksaan kenderaan persendirian dan perdagangan bagi memastikan undang-undang jalan raya dipatuhi,” ujarnya.

Tambahnya, kesemua kesalahan itu disiasat di bawah Akta Pengangkutan Jalan 1987.

 

Sumber: Utusan Malaysia, 22 Januari 2012.

Tinggalkan Jawapan

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Tukar )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Tukar )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

Follow

Get every new post delivered to your Inbox.