MKJR syor penjarakan pemandu bahaya

KUALA LUMPUR 22 Jan. – Kerajaan patut mengenakan hukuman penjara mandatori terhadap mereka yang memandu secara berbahaya hingga mengakibatkan kemalangan maut di jalan raya, kata Tan Sri Lee Lam Thye. Anggota Majlis Keselamatan Jalan Raya itu berkata, kerajaan juga perlu menimbang untuk memperkenalkan skim ‘pandu selamat, kurang bayaran‘ yang bermaksud, pemandu yang mengikuti kursus pemanduan [...]

100,773 saman dalam 5 hari Ops Sikap ke-25.

PETALING JAYA: Bagi tempoh lima hari Ops Sikap ke-25 dilancarkan, Polis Diraja Malaysia (PDRM) sudah mengeluarkan 100,773 saman membabitkan pelbagai kesalahan kepada pengguna jalan raya. Angka berkenaan menunjukkan peningkatan mendadak lebih 50 peratus berbanding hanya 55,578 saman dalam tempoh sama tahun lalu. Antara saman yang dikeluarkan ialah kesalahan memandu di lorong kecemasan, melebihi had laju, [...]

JPJ akan adakan lebih banyak ops bersepadu.

KOTA BHARU 21 Jan. – Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Kelantan akan mengadakan lebih banyak Operasi Bersepadu Khas sempena musim perayaan ini terutama terhadap penunggang motosikal yang didapati paling banyak melanggar undang-undang jalan raya. Pengarah JPJ negeri, Abdul Ghani Che Kasim berkata, operasi membabitkan empat lagi agensi penguat kuasa iaitu Polis Diraja Malaysia (PDRM), Jabatan Alam [...]

129 saman dikeluarkan di Terengganu.

KUALA TERENGGANU 21 Jan. – Sebanyak 129 notis saman dikeluarkan kepada pengguna kenderaan atas pelbagai kesalahan dalam operasi sempena Tahun Baru Baru Cina oleh pihak berkuasa malam tadi. Operasi bersepadu yang disasarkan di tujuh lokasi itu melibatkan Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ), Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK). Pengarah JPJ negeri, Abdul [...]

Ops Khas JPJ sita 60 kenderaan di Seremban.

SEREMBAN 21 Jan. – Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) negeri bertindak menyita 60 buah kereta termasuk motosikal atas pelbagai kesalahan dalam Ops Khas yang dijalankan sekitar negeri ini malam tadi. Pengarah JPJ negeri, Saiful Azzri Hamzah berkata, operasi tersebut yang membabitkan 50 anggota dijalankan bermula pukul 8 sehingga 11.30 malam di sekitar bandar ini, Pedas dan [...]

278 penunggang motosikal disaman di JB.

JOHOR BAHRU 21 Jan. – Sebanyak 278 saman dikeluarkan terhadap penunggang motosikal atas pelbagai kesalahan dalam operasi bersepadu yang dijalankan oleh Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Johor di tiga lokasi sekitar bandar raya ini malam tadi. Ketua Penolong Penguatkuasa Bahagian Penguatkuasa JPJ Johor, Abdullah Hashim berkata, daripada jumlah saman dikeluarkan, seramai 131 daripada mereka didapati tidak [...]

JPJ kutip lebih RM3.1 bilion dalam 2011

PUTRAJAYA 18 Jan. – Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) berjaya mengutip lebih RM3.1 bilion melalui pelbagai urusan berbayar pada tahun lalu dengan RM2.18 bilion daripadanya menerusi pengeluaran lesen kenderaan motor. Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Kong Cho Ha berkata, hasil tersebut mengatasi kutipan kategori urusan lain iaitu lesen memandu (RM376.82 juta), tender nombor pendaftaran (RM180.77 juta), pendaftaran [...]

1,851 saman kepada penunggang motosikal dalam Ops khas Tahun Baru Cina

KOTA BHARU – Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) mengeluarkan 1,851 saman terhadap penunggang motosikal di seluruh negara kerana pelbagai kesalahan, dalam operasi khas sempena Tahun Baru Cina, malam semalam. Pengarah Penguatkuasa JPJ, Jaafar Mohamed berkata, daripada lebih 2,000 motosikal yang diperiksa, 208 buah motosikal disita manakala 73 penunggang disahkan positif dadah. Katanya, antara kesalahan dilakukan penunggang [...]

Pemain bola tiada lesen memandu ditahan ‘caci’ polis

JITRA: Seorang pemain bola sepak Liga Perdana Perlis, ditahan di sini, semalam, selepas memaki-hamun anggota polis dengan mengeluarkan kata-kata kesat selepas dia disaman kerana tidak memiliki lesen memandu. Ketua Polis Daerah Kubang Pasu, Superintendan Ibrahim Mohd Yusoff, berkata pemain berusia 26 tahun itu ditahan dalam sekatan jalan di Jalan Jenan-Kepala Batas dekat sini, kira-kira jam [...]

Anda degil, masih guna topi kura-kura?

BUTTERWORTH – Ramai penunggang dan pembonceng motosikal dikesan masih menggunakan topi keledar ‘kura-kura’ yang tidak menepati kelulusan Institut Piawaian dan Penyelidikan Perindustrian Malaysia (SIRIM). Pengarah Jabatan Keselamatan Jalan Raya (JKJR) Pulau Pinang, S. Jegan berkata, ia terbukti berdasarkan rekod yang dicatat oleh pihaknya setiap kali melakukan operasi dan kempen keselamatan jalan raya di negeri itu. [...]

Follow

Get every new post delivered to your Inbox.