Kalau tak bayar kompaun MPAJ, tak boleh baharui lesen memandu.

AMPANG 26 Feb. – Penerima kompaun letak kereta Majlis Perbandaran Ampang Jaya (MPAJ) yang masih gagal menjelaskannya dalam tempoh yang lama akan disenaraihitamkan di Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) menjelang Mei ini.

Yang Dipertua MPAJ, Datuk Mohamed Yaacob berkata, tindakan itu diambil kerana terlalu ramai yang masih liat untuk membayar kompaun letak kenderaan walaupun pihaknya telah memberi peluang untuk berbuat demikian dalam tempoh yang panjang.

Selain itu, MPAJ turut menjalankan kempen memberikan diskaun kepada pesalah trafik berkenaan.

Kerjasama dengan JPJ akan menyebabkan pemilik kenderaan berkenaan tidak boleh memperbaharui lesen memandu.

Mohamed menegaskan, MPAJ tidak mahu berlembut lagi dan menimbulkan persepsi di kalangan penduduk bahawa saman daripada pihaknya hanya kertas yang boleh dibuang.

Kami sudah kesan sebanyak RM30.6 juta jumlah saman kesemuanya daripada pelbagai kesalahan di kawasan MPAJ. Kita sudah berbincang dengan JPJ untuk tidak membenarkan pesalah ini memperbaharui lesen mereka.

“Kami terpaksa berkeras kali ini dan tidak mahu orang ramai menganggap saman MPAJ sesuatu yang boleh diperlekehkan,” katanya kepada pemberita selepas mesyuarat penuh MPAJ di sini baru-baru ini.

Setakat ini, katanya MPAJ masih menunggu sebanyak RM32.6 juta bayaran daripada 326,692 kompaun yang sudah dikeluarkan selama ini.

Katanya, sebanyak 132 kenderaan di dalam rekod MPAJ hari ini yang mempunyai lebih daripada 100 saman.

Tegasnya, nombor plat kenderaan berkenaan akan dipaparkan di dalam laman web MPAJ mulai 1 Mac ini.

“Kami akan paparkan 132 nombor plat kenderaan yang membuat lebih 100 kesalahan di dalam laman web MPAJ. Kami mahu menyedarkan mereka bahawa mereka yang bersalah perlu cepat menyelesaikan saman mereka.

“Kami akan mengadakan bulan diskaun saman pada April ini. Kami harap semua pesalah menggunakan sebaik-baiknya masa itu kelak untuk menyelesaikan saman mereka,” ujarnya.

Sumber: Utusan Malaysia, 27 Februari 2010.

About these ads

Satu Respons

  1. ada diskaun utk byr saman tk? bagi la diskaun, baru org bayar….

Tinggalkan Jawapan

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Tukar )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Tukar )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Tukar )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

Follow

Get every new post delivered to your Inbox.

Join 77 other followers

%d bloggers like this: