Ya, itu adalah cadangan salah seorang warga prihatin yang pandangannya disiarkan di salah sebuah akhbar harian. Apa pendapat anda?
Teruskan membaca keseluruhan pandangan beliau:
OPS Sikap datang dan pergi bersama-sama dengan sejumlah nyawa yang terkorban dengan statistik nahas kemalangan yang terus meningkat dan menyayat hati semua pihak. Agensi kerajaan seperti PDRM, Kementerian Pengangkutan, Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ), Jabatan Keselamatan Jalan Raya, MIROS dan sebagainya telah pun memainkan peranan mereka ditahap paling optimum yang mampu mereka lakukan untuk mengatasi ataupun mengurangkan kecelakaan ini.
Semua pihak secara terus-terang dan hampir sebulat suara membuat kesimpulan bahawa sikap pemandulah antara punca utama kemalangan yang berlaku. Memang benar sikaplah menjadi dalang utama di sebalik semua kejadian yang tidak diingini ini berlaku, namun sebagai manusia yang waras kita perlu juga mengkaji dan menyiasat kesemua kemalangan yang berlaku ini dari segenap aspek dan sudut supaya mendapat gambaran yang lebih menyeluruh.
Saban tahun program Ops Sikap dilancar mengikut keperluan semasa, program dan kempen kesedaran juga semakin rancak dilaksanakan, kajian demi kajian juga dilipatgandakan untuk mengatasi masalah ini namun apa hasilnya dan di mana silapnya? Apa yang pasti jutaan wang ringgit terpaksa dibelanjakan ataupun dibazirkan untuk tujuan tersebut kerana hampir semuanya seolah-olah berakhir dengan kegagalan.
Telah terbukti sehingga ke saat ini strategi mengadakan pelbagai kempen dan hukuman berat ternyata tidak dapat mengubah sikap pemandu kita. Ini kerana buktinya makin kita menghukum semakin bertambah jumlah kemalangan yang berlaku.
Maka kita perlu menukar strategi dengan mengolah pelan jangka panjang dan jangka pendek dengan menggunakan kaedah yang lebih sistematik dan berhemah agar gejala ini dapat dicantas dari peringkat akar umbi lagi.
Antara pelan jangka panjang yang boleh dipertimbangkan ialah:
- Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) membantu memperkenalkan mata pelajaran Etika Pemanduan dan Undang-Undang Jalan raya di peringkat sekolah menengah ataupun seawal sekolah rendah lagi jika difikirkan sesuai.
Mata pelajaran ini diajar dalam bentuk teori dan amali supaya anak-anak muda ini diberi pendedahan yang secukupnya terutamanya dari aspek praktikal dalam dunia yang sebenar tentang etika pemanduan dan sikap yang betul semasa berada di atas jalan raya serta bahaya yang wujud semasa memandu jika berlaku kecuaian.
Pengaruh para guru terhadap anak murid juga dilihat cukup signifikan justeru ia boleh banyak membantu dalam hal ini untuk memupuk nilai-nilai murni dan etika pemanduan yang betul sejak di bangku sekolah lagi.
Mungkin tidak keterlaluan untuk dicadangkan agar subjek-subjek sebegini dijadikan subjek wajib lulus untuk memperoleh sijil PMR mahupun SPM.
- Ibu bapa tidak boleh lari dari tanggungjawab hakiki mereka mendidik dan membentuk anak-anak mereka.
Lumrahnya manusia perlu dididik seawal zaman kanak-kanak lagi supaya minda dan tingkah laku mereka dapat dibentuk seperti yang kita hajatkan. Perubahan sikap pula tidak boleh berlaku dalam sekelip mata. Justeru sekolah dan rumah adalah tempat yang paling sesuai untuk tujuan tersebut. Pendidikan awal di sekolah dan rumah tentang aspek keselamatan ini pasti akan meninggalkan kesan yang mendalam dalam sanubari setiap remaja kita.
Pelan jangka pendek yang boleh dilaksanakan dengan serta merta:
- Cadangan menaikkan lagi had umur bagi mendapatkan lesen memandu motosikal dan kereta misalnya kepada 21 tahun untuk motosikal dan 25 tahun untuk kereta. Memang perlu diakui ini merupakan satu cadangan yang agak ‘kejam’ dan mungkin juga ‘zalim’ bagi sesetengah pihak namun apa lagi pilihan yang kita ada dalam erti kata untuk mengawal kecelakaan ini dari peringkat akar umbi lagi.
Statistik menunjukkan golongan penunggang motosikal dan belia merupakan mangsa utama kemalangan jalan raya di negara ini. Umur 21 tahun ke atas dilihat lebih rasional dalam membentuk seorang pemandu yang lebih matang dan berdisiplin di atas jalan raya.
Tambahan pula, tindakan penguatkuasaan dan hukuman seperti mewajibkan pemakaian tali pinggang keledar belakang serta menaikkan jumlah denda dan kompaun dilihat masih tidak mampu menyekat golongan ini dari terus menjadi mangsa di atas jalan raya. Sehinggakan Ketua Polis Negara merumuskan bahawa hukuman mati sekalipun tidak akan mengubah tabiat buruk pengguna jalan raya yang degil dan rakus.
- Keadaan jalan raya perlu dibaiki dan dinaik taraf sewajarnya mengikut keperluan semasa. Walaupun secara keseluruhannya keadaan jalan raya di negara kita boleh dibanggakan malah ada yang menyamakan dengan beberapa buah negara maju namun masih terdapat beberapa buah jalan baik jalan persekutuan, jalan kampung mahupun lebuh raya yang dilihat mampu membahayakan pengguna.
Kemalangan jalan raya sudahpun menjadi satu masalah yang besar kepada kita, malah tidak hairan suatu hari nanti diisytihar darurat jalan raya ataupun penggunaan kenderaan terpaksa dicatu demi mengurangkan bilangan nyawa dari terus menjadi korban jalan raya.
Keadaan itu tidak mustahil untuk menjadi realiti kerana trend semasa menunjukkan bilangan rakyat Malaysia yang membeli kenderaan semakin bertambah dan ini secara tidak langsung akan meningkatkan lagi peluang berlakunya lebih banyak lagi kemalangan jalan raya pada masa-masa akan datang.
Justeru semua pihak yang berkenaan terutamanya KPM, sekolah serta ibu bapa perlu memainkan peranan masing-masing bagi membendung masalah ini dari terus berleluasa.
Hanya pendidikan awal di sekolah dan rumah sahaja yang dilihat mampu menyelamatkan nyawa anak-anak kita.
NOOR MOHAMAD SHAKIL HAMEED
Serdang, Selangor
Disiarkan di Utusan Malaysia, 29 September 2009.
Filed under: Berita Tagged: | akhbar, JKJR, JPJ, kemalangan, kereta, Lesen, Lesen L, Lesen memandu, Lesen P, Miros, motorsikal, pemandu, Proses, saman, undang-undang




la, sesuka suki je. habis kalo org yg sgt2 memerlukan lesen utk kecemasan mcm mana? nnt x pasal pasal ramai remaja yg lnggar peraturan bwk motor dgn kereta tanpa lesen. yg mati katak tanpa lesen pon ada jgk. cubala pikir dan renun renungkn. mmg la kita nk jd perihatin, tp cuba pikir dr side kebaikan had umur yg skrg. ia lebih byk mendtgkn kebaikan drpd keburukan. sy mintak maaf kalo kata2 sy mengguriskn hati mana2 pihak. sy cuma berpikir dr side pndgn remaja
tolong lah jgn naikkan had umur tolong lah kekalkan umur 16 tahun sudah boleh mengambil lesen saya merayu pada pihak yang berkuasa kerana jarak antara rumah saya dengan sekolah sangat jauh kalau had umur ini dikekalkan saya dapat mengambil lesen dan dapat mengurangkan beban ibu bapa saya untuk menghantar saya tolonglah jgn naikkan had umur untuk mengambil lesen harap ape yang saya katakan ini dapat dipertimbangkan oleh pihak berkuasa…
tak setuju….sya dpan ingat baru nk lesen motor …sbb dh janji dgn ayh sya …ayh sya duduk marah2 naik motor tak dak lesen …dh lah ayh sakit teruk..kalau ayh sya sakit boleh sya bwak pi hospital..sekarang ni sya duduk naik bas ..sya tkat ayh sya jatuh ka ..kalau sya dpt lesen motor ..pi sekolah naik motor ….jgn la naik kan had umur …sya perlu kan lesen motor tahun dpan ..jgn buat rakyat malaysia mcm ni …. sya merayu sangat2 jgn naikkan had unur ..sya perlu kan lesen motor untuk pi sekolah dan hantar ayah sya pi hospital atau tmpt lain2
banyak urusan yg boleh jika tidak menaikkan had umur motosikal . jika menaikkan had umur . lagi susah ,kranalebih banyak mat rempit diluar sana yang akan disaman .
Tidak setuju ,saya tahun ni nk ambil lesen motor ,plzzzz Jgn kecewa kn rakyat Malaysia .erm
Please Jgn naik kan had umur ,saya perlu kn lesen untuk pergi kerja , tolong ..
Tolong jangan naikan had umur lesen motorsikal , kerana sya sggat memerlukan lesen utk ke sekolah..
setuju naikkan had umur. tetapi janganlah sampai 25..21 dah boleh. pelajar diploma tak perlu bawa kereta ke kampus.
bas kan ada?
pelajar boleh suarakan kepada pihak kampus untuk adakan satu bas khusus untuk mengambil pelajar. majoriti yang kemalangan bukanlah orang-orang tua – tetapi budak-budak muda.
sayanglah kalau muda2 dah mati atas jalan raya……memang, kita yang tak bersalah ni akan rasa terbeban – kenapa kita perlu tanggung kesalahan orang lain? ini hakikat yang kita perlu terima.
remaja kita masih belum rasional dalam memandu. masih tercabar ikut kawan. kawan suruh laju, mereka pun laju. pantang dicabar.
tapi saya tekankan di sini, bukanlah semua dari kita begitu. namun adakah kita punya cara untuk memastikan yang mana satu berhemah, yang mana satu tidak berhemah? jadi inilah pilihan yang kita ada.
boleh ditambah baik pada masa akan datang..
Salam saudara. Kenapa perlu dinaikkan? belum cukup usia 21 pelajar sekolah pelepasan spm sangat memerlukan kenderaan untuk ke ipt & sambung belajar. Kalau dah 25? budak habis diploma baru leh ambil. Siapa boleh sambung degree? terseksa la macam ni. Renung2kanlah.