Lagi2 lesen terbang….

GEORGETOWN: Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) mengesan satu sindiket mengeluarkan ‘lesen terbang’ dengan mengenakan bayaran RM1,000 ke atas setiap pelanggan tanpa perlu menduduki ujian. 

Kegiatan itu terbongkar apabila JPJ menahan seorang lelaki berusia 20-an dalam satu sekatan jalan raya di sempadan Pulau Pinang-Perak, berhampiran Parit Buntar, Rabu lalu. 

Pengarah JPJ Negeri, Hassan Yaakub, berkata pemeriksaan ke atas lesen memandu lelaki terbabit mendapati dokumen itu tidak mempunyai ciri keselamatan ditetapkan.
Berikutan itu, lelaki terbabit dibawa ke pejabat JPJ negeri di sini untuk memastikan kesahihan lesen memandunya dan dokumen itu disahkan palsu. JPJ turut mengambil keterangan daripada lelaki terbabit. 

Selepas menerima maklumat daripada lelaki itu, JPJ turut merampas kira-kira 150 lesen memandu palsu daripada orang ramai yang menyerahkan lesen masing-masing di pejabat JPJ negeri. 

Orang ramai yang kebanyakkannya rakan lelaki terbabit menyerahkan lesen memandu palsu itu kepada JPJ selepas dimaklumkan lesen mereka tidak sah.

“Siasatan sedang dijalankan untuk mengenal pasti sindiket terbabit dan kes itu dirujuk kepada polis,” katanya selepas menyertai Ops Pengarah di Jalan Penang di sini, tengah malam semalam. 

Operasi selama empat jam yang bermula jam 8 malam diadakan di Lebuh Leith, Jalan Penang dan Lebuh Farquhar yang membabitkan 50 penguat kuasa JPJ. 

Dalam operasi itu, 1,169 unit kenderaan diperiksa dan 132 saman dikeluarkan atas pelbagai kesalahan. Sebuah bas persiaran dan sebuah motosikal turut disita dalam operasi itu. 

Hassan berkata, seorang pemandu bas berusia 35 tahun turut ditahan dalam operasi itu kerana tidak memiliki lesen memandu.

Sumber: Berita Harian, 22 Februari 2009.

About these ads

Satu Respons

  1. Nak tanya, awak ada tak info pasal keburukan ops sikap ? Sekian , terima kasih :)

Tinggalkan Jawapan

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Tukar )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Tukar )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Tukar )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

Follow

Get every new post delivered to your Inbox.

Join 77 other followers

%d bloggers like this: