Permohonan rayuan bagi Lesen Memandu Percubaan (PDL) & Lesen Memandu Kompeten (CDL)
Pemohon boleh membuat rayuan sekiranya Lesen Memandu Percubaan (PDL)tamat tempoh dan gagal diperbaharui melebihi tempoh 1 tahun dan Lesen Memandu Kompeten (CDL) tamat tempoh melebihi 3 tahun.
Sekiranya permohonan rayuan berjaya, pemohon akan dikecualikan daripada:
a) Kaedah 5(3)e mengenai Sijil Kehadiran Kursus KPP (JPJ2A)
b) Kaedah 5(3)(a)(b)(d) mengenai Ujian Bahagian 1 (Undang-undang Jalan Raya)
c) Kaedah 5(3)(e) mengenai Sijil Kehadiran Latihan Amali asas (Pra-L) 6 jam (JPJL2B)
d) Modul Amali (8Jam) dan (QTI (2jam) di bawah arahan Jabatan Bil 7 Tahun 1998 .
Akan tetapi pemohon perlu menjalani Ujian Bahagian II dan III iaitu ujian praktikal.
Permohonan rayuan bagi Lesen Memandu Vokasional (PSV/GDL)
Pemohon boleh membuat rayuan sekiranya Lesen Memandu Vokasional (PSV&GDL) tamat tempoh melebihi tempoh 3 tahun dari tarikh tamat tempoh lesen.
Sekiranya permohonan rayuan pemohon berjaya, pemohon dikehendaki hadir Kursus Teori (JPJ2C) sahaja dan mengemukakan sijil JPJL2C tersebut semasa urusan pembaharuan dibuat.
***************************************************************************
Jadi……
Kalau nak buat rayuan….
Sila rujuk di sini:
http://portal.jpj.gov.my/v5/index.php/erayuan-lesen-memandu-tamat-tempoh
Filed under: Uncategorized Tagged: | GDL, JPJ, Lesen memandu, pemandu, Proses, PSV, rayuan, ujian teori, Ujian undang2, undang-undang, Vokasional




saya zuliana bte abdullah pemegang lesen kelas D,merayu untuk mempebaharui lesen yg telah tamat tempoh tahun2005.pada masa itu saya ada saman tertunggak yg tidak dapat saya jelaskan kerana masalah kewangan. dissbkan saya telah diberhentikan kerja kerana kegawatan ekonomi.sekarang masalah kewangan dapat diatasi saman tertunggak telah pun dibayar. saya ingin menyambung semula lesen memandu sbb saya mmg amat memerlukannya untuk mendapatkan pekerjaan.saya harap rayun ini dapat dipertimbangkan terima kasih