Dari Akhbar: 10 eksekutif kanan syarikat bas miliki lesen kelas E

….. sedia ganti pemandu mogok.
 
GEORGETOWN: Mungkin ada yang tidak menyangka ketua pegawai eksekutif sebuah syarikat bas awam di negeri ini boleh memandu bas serta memiliki lesen Kelas E dan Lesen Memandu Perkhidmatan Kenderaan Awam (PSV).

Malah, sembilan pengurusan tertinggi syarikat itu turut memiliki lesen berkenaan – sekali gus melayakkan mereka memandu bas dan membawa penumpang termasuk [...]

Dari Akhbar: Pelajar pondok pilih penjara

KOTA BHARU: Seorang penuntut pondok, memilih hukuman penjara apabila didenda RM90 atau penjara dua hari oleh Mahkamah Majistret di sini semalam, selepas dia disabitkan kesalahan menunggang motosikal tanpa memakai topi keledar kerana memakai serban.
Penuntut Madrasah al-Diniah al-Bakriah dekat Pasir Tumboh di sini, Ahmad Nasir Darus, 28, memilih untuk tidak membayar denda itu dan sedia menjalani [...]

Saman Tiada Tali Pinggang Belakang Boleh Dibatalkan

KUALA LUMPUR, 16 Jan (Bernama) — Pemandu kenderaan yang disaman polis atau pegawai penguatkuasa Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) kerana tidak memasang tali pinggang keledar belakang pada kenderaan boleh melaporkan kes itu kepada Jabatan Keselamatan Jalan Raya (JKJR) bagi membolehkan saman itu dibatalkan.
Pengarah JKJR Datuk Suret Singh berkata tindakan menyaman kenderaan yang tidak memasang tali pinggang [...]

Dari akhbar: Lesen temberang

SEREMBAN: Satu sindiket penipuan lesen temberang dipercayai berpangkalan di Lembah Klang dikesan menjaja nama pengarah dan pegawai kanan Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) negeri ini untuk memperdayakan orang ramai.
Sindiket berkenaan dipercayai mengenakan bayaran mencecah RM1,000 bagi setiap lesen memandu palsu yang dikeluarkan.
Bagi meyakinkan mangsa, mereka mendakwa lesen memandu itu dikeluarkan JPJ negeri iaitu nama pemohon tersenarai [...]

Program JPJ Bersama Rakyat di Terengganu

Pengarah JPJ Terengganu, Fauzi Haron berkata,”Sepanjang tahun lalu, sebanyak 26,803 saman membabitkan pelbagai kesalahan jalan raya bernilai RM1.263 juta dikeluarkan manakala tahun sebelumnya 22,853 saman bernilai RM1.198 juta dikeluarkan”.
Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas Program JPJ Bersama Rakyat yang dirasmikan oleh Menteri Besar, Datuk Ahmad Said, di Sekolah Kebangsaan Kijal dekat sini pada 1 Disember [...]