Kelas memandu untuk OKU

 OKU Sedar Kepentingan Sifat Berdikari

Oleh Menaga Selvadurai

KUALA LUMPUR, 8 Ogos (Bernama) — Dalam banyak persatuan di Malaysia yang membantu golongan kurang upaya (OKU) ada satu persatuan yang mempunyai keunikan tersendiri iaitu Persatuan Damai Orang-orang Kurang Upaya Selangor dan Wilayah Persekutuan (www.damai.org.my) kerana ia melibatkan OKU membantu OKU.

Damai yang menyedari hakikat betapa pentingnya sikap berdikari untuk meneruskan kehidupan berusaha membawa OKU ke dalam masyarakat tanpa melihat mereka sebagai beban kepada sesiapa termasuk anggota keluarga mereka sendiri.

Persatuan itu ditubuhkan pada 1998 oleh tiga OKU, V. Murugeswaran, 39, M.Manoharan, 54, dan Anthony Arokia, 57, yang membawa perubahan positif kepada lebih 1,000 OKU di Malaysia menerusi aktiviti persatuan itu.

“Melalui bantuan daripada OKU kepada OKU ini, lebih kurang 300 OKU yang pada mulanya bersifat tidak berkeyakinan diri dan lemah berjaya dilahirkan semula sebagai OKU yang berdikari dan penuh keyakinan diri.

“Ramai di kalangan OKU berfikir bahawa hidup mereka tidak bermakna. Oleh itu kami bertiga menjadikan diri kami sebagai contoh untuk memupuk semangat berdikari dalam jiwa golongan senasib kami ini,” kata Presiden dan Pengasas Persatuan berkenaan V. Murugeswaran, yang cacat dari paras pinggang ke bawah.

Katanya, melahirkan OKU yang berdikari adalah objektif utama penubuhan persatuan berkenaan kerana berdikari merupakan sifat yang paling penting bagi setiap insan terutamanya bagi golongan kurang upaya untuk meneruskan kehidupan.

PERKHIDMATAN DAMAI

Untuk menjayakan cita-cita mereka bagi melahirkan warga OKU yang berdikari dan berani menghadapi cabaran kehidupan, persatuan yang beroperasi dari sebuah rumah di Petaling Jaya telah menawarkan pelbagai program terutama dalam meningkatkan mobiliti OKU.

Murugeswaran menyatakan bahawa persatuan mengambil berat perkara berhubung mobiliti kepada OKU kerana ia merupakan keperluan yang serius dalam mewujudkan kehidupan yang lebih bermakna.

Berikutan kurangnya mobiliti, ramai di kalangan OKU tidak yakin untuk bekerja dan sering berkurung dalam rumah. Malahan jika mereka ingin pergi ke mana-mana, mereka sering bergantung bantuan orang lain.

Itulah sebabnya Damai memperkenalkan kelas memandu menggunakan kenderaan yang telah diubahsuai untuk memenuhi keperluan OKU.

“Memandangkan harga barangan semakin meningkat secara mendadak dan kerajaan menyarankan orang ramai untuk menggunakan pengangkutan awam, bagaimana kami hendak menggunakannya sedangkan ianya tidak mesra dengan keadaan kami.

“Sekiranya hendak naik teksi, dikenakan bayaran tambahan untuk menyimpan kerusi roda atau ada yang langsung tidak layan kami, kami juga tidak mampu untuk menggunakan perkhidmatan bas atau LRT kerana tidak bersifat ‘mesra OKU�, kata Murugeswaran.

Katanya, mereka juga menawarkan perkhidmatan membaiki kerusi roda kepada ahli persatuan, orang awam dan hospital dengan mengenakan bayaran mengikut kerosakan sahaja.

Setakat ini, Damai telah menyumbangkan lebih 250 kerusi roda secara percuma kepada OKU termasuk ahli yang tidak mampu membelinya.

“Kami juga menyediakan perkhidmatan mencari pekerjaan kepada OKU melalui syarikat korporat. Di mana syarikat korporat akan menghubungi persatuan kami jika terdapat jawatan kosong dan kami akan menghantar ahli yang berdaftar berpandukan kesesuaian mereka,” katanya lagi.

Selain itu, Damai juga mengadakan kelas komputer secara percuma sebanyak dua kali seminggu agar ahli mendapat pendedahan asas komputer dan memudahkan mereka berurusan dalam alam pekerjaan.

Persatuan Damai juga telah melahirkan tiga atlet kebangsaan, Tanggaraju dan Valli bagi kategori ‘Wheel Chair Tennis’ dalam sukan Fespic di mana Tanggaraju merupakan penyumbang pingat gangsa kepada negara serta S. Krishnan bekas atlet angkat berat dan kini menjadi atlet olahraga bagi sukan Paralimpik.

PENGALAMAN OKU

Sementara itu, M. Manoharan yang juga naib Presiden dan pengasas bersama persatuan Damai adalah bekas kakitangan awam di Jabatan Bekalan Air, mengalami kecacatan kaki akibat terjatuh ketika membaiki paip di siling.

“Saya telah bersama persatuan ini sejak hari pertama ia ditubuhkan dan di sinilah saya melatih diri saya untuk hidup seperti dulu di samping memberi kesedaran kepada golongan senasib saya agar tidak patah semangat disebabkan kecacatan yang dihadapi sebaliknya bersifat terbuka dan saling membantu,” kata Manoharan.

Atlet olahraga yang juga pembaiki kerusi roda persatuan itu, S. Krishnan pula berkata beliau mendapat semangat untuk melibatkan diri dalam kesukanan dan meningkatkan tahap kemahirannya dalam bidang membaik pulih kerusi roda kerana menyertai persatuan ini.

“Saya melibatkan diri dalam kegiatan sukan dan mengasah bakat dalam bidang pembaik pulih kerusi roda kerana saya bersikap terbuka dan ingin hidup secara berdikari,” katanya.

Manakala K. Loganathan, 27, pula menghadapi kecacatan setelah menjalani pembedahan kaki ketika berusia 5 tahun. Beliau menyertai persatuan ini sejak enam tahun lepas dan menjadi kerani persatuan.

“Sebelum menyertai persatuan ini saya langsung tidak keluar dari rumah, naik teksi pun tak tahu langsung. Tetapi sekarang saya sudah belajar bagaimana hendak hidup berdikari dan kini saya tidak bergantung atau menyusahkan sesiapa,” kata Loganathan.

Manakala Abdul Razak Mohd Kassim, 44, yang juga pensyarah sambilan telah menyertai persatuan ini beberapa bulan yang lepas.

Kini beliau mengajar memandu di Damai menggunakan keretanya dan dalam proses menyiapkan buku panduan bagi meningkatkan perkhidmatan persatuan itu.

“Kini saya faham, dengan adanya sifat berdikari dan keyakinan diri, kecacatan tidak boleh menghalang seseorang insan untuk berjaya. Saya mampu memiliki dan memandu kereta kerana saya yakin dengan diri saya,” kata seorang lagi OKU, Siti Fatimah Badrun, 25 tahun.

Persatuan Damai dianggotai oleh lebih 120 ahli berdaftar terdiri daripada pelbagai kaum, yang aktif membantu serta menjalankan aktiviti untuk OKU yang lain.

Persatuan ini berharap kerajaan, syarikat korporat serta orang ramai akan terus memberi sokongan demi kebaikan setiap insan yang digelar OKU. Damai boleh dihubungi di 03-77823603 atau info@damai.org.my.

About these ads

7 Respons

  1. Saya ingin maklumat lanjut mengenai latihan memandu untuk OKU yang dianjurkan damai ini…boleh tak berikan maklumat di hidayatabdlatiff@yahoo.com

  2. saya inginkan maklumat mengenai kelas memandu oku……boleh bg maklumat mengenainya di honeysa85@gmail.com…………….terima kasih……

  3. saya pelajar uitm arau nak tanya berapa lame biasenya masa diambil untuk belajar memandu. ada tak kereta ubahsuai yang hanya menggunakan tangan sahaja disediakan ketika belajar memandu di sini.?

  4. Dekat tempat mana boleh s ambil lesen untuk oku

  5. mcm mana sy nak dptkan lesen motorsikal
    susah nak cr skolah memamdu yg menyediakan lesen utk oku

  6. Untuk pengetahuan semua, kami tiada hubungan samada secara langsung atau tidak langsung dengan Persatuan Damai. Kepada yang berminat, harap dapat hubungi persatuan tersebut:

    DAMAI DISABLED PERSONS ASSOCIATION OF
    SELANGOR & WILAYAH PERSEKUTUAN
    PERSATUAN DAMAI ORANG-ORANG KURANG UPAYA, SELANGOR & W.P (MALAYSIA)
    REG. NO:- PPM/SEL 137/97 (3) & PPP/SEL 121/97

    No. 4, Lorong 1A/71J, Jalan Carey,
    46000 Petaling Jaya.
    Tel: 03-7782 3603 Fax: 03-7782 3962
    Email: info@damai.org.my

  7. Saya ingin maklumat lanjut mengenai latihan memandu untuk OKU yang dianjurkan damai. Saya ingin mengambil lesen dalam waktu terdekat ini. Saya kini tinggal di seri kembangan, selangor, tq.
    017-xxxxxxx

Tinggalkan Jawapan

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Tukar )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Tukar )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Tukar )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

Follow

Get every new post delivered to your Inbox.

Join 80 other followers

%d bloggers like this: