BERKUATKUASA: 1 JULAI 2008 HINGGA 31 DISEMBER 2008.
A) Kadar Rayuan Notis POL.257
I. Kadar Rayuan sebanyak 50% sekiranya pesalah trafik membayar saman sebelum atau pada tarikh kompaun
berakhir;
II. Kadar rayuan sebanyak sekiranya pesalah trafik membayar saman selepas tarikh kompaun tetapi sebelum
tarikh ke mahkamah;
III. Tiada rayuan selepas atau pada tarikh ke mahkamah.
B) Kadar Rayuan Notis POL.170A
I. Kesemua notis diberi kadar rayuan sebanyak 30%.
C) Kategori Saman Tiada Rayuan
Berikut adalah kategori saman yang TIDAK diberi rayuan;
I. Semua saman yang diisu semasa Ops Sikap;
II. Semua saman bagi kesalahan tidak mematuhi lampu isyarat merah;
III. Semua saman bagi kes kemalangan jalan raya;
IV. Semua saman mempunyai waran tangkap.
Disamping itu PDRM dengan kerjasama Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) sedang dalam proses untuk menyenaraihitam semua saman trafik (POL.257 dan POL.170A) sekiranya pesalah trafik masih lagi gagal melaksanakan tanggungjawab mereka. Tindakan yang diambil ini selaras dengan peruntukan undang-undang berikut:
I. Seksyen 109 APJ 1987 - Liabiliti tuan punya kenderaan; dan
II. Seksyen 17 APJ 1987 - Kuasa pendaftar berlesen untuk tidak membenarkan pembaharuan lesen kenderaan
atau memandu sekiranya pesalah trafik mempunyai hal-hal yang belum selesai dengan JPJ atau PDRM.
Untuk membaca keseluruhan kenyataan media ini, sila lawati http://www.rmp.gov.my/media/media_details.cfm?id=358
Difailkan dalam: Uncategorized | Tagged: JPJ, Lesen memandu, PDRM, rayuan, saman







