APAKAH JENIS-JENIS KESALAHAN BIASA DILAKUKAN DALAM KES-KES TRAFIK

Kesalahan trafik adalah kesalahan yang dilakukan di bawah Akta Pengangkutan Jalan 1987 (Akta 333) atau Akta Lembaga Pelesnan Kenderaan Perdagangan 1987 (Akta 334)

Di bawah Akta-Akta ini, denda minimum adalah  RM300.00.  Ia boleh mencapai RM10,000.00 Mengikut kesalahan yang dilakukan.  Kenderaan anda juga boleh disita dan dilucuthak.

Bagi kesalahan-kesalahan yang serius, anda boleh dipenjarakan sehingga 5 tahun dan lesen anda boleh dibatalkan atau digantung sekurang-kurangnya 12 bulan.  Sekiranya anda tidak mempunyai lesen memandu  semasa kesalahan-kesalahan dilakukan , anda boleh dilarang untuk memohon lesen sekurang-kurangnya  dilakukan, anda boleh dilarang untuk memohon  lesen sekurang-kurangnya 12 bulan dari tarikh hukuman.
 

JENIS-JENIS KESALAHAN

Di dalam Akta-Akta ini, kesalahan yang dilakukan boleh dibahagikan kepada tiga kategori:

1. Saman Boleh Dikompaun

Anda boleh membayar kompaun tersebut sebelum luputnya tarikh yang telah ditetapkan di dalam notis JPJ(P)22Pin.1/94 dan Polis 257 Pin.4/95 yang telah diterima oleh anda sewaktu saman dikeluarkan.  Tetapi jika tarikh kompaun telah tamat, anda dikehendaki hadir ke Mahkamah.

2. Saman Tidak Boleh Dikompaun

Kehadiran anda di Mahkamah adalah diwajibkan.  Sekiranya anda tidak hadir pada tarikh yang telah ditetapkan, waran tangkap akan dikeluarkan terhadapa anda.

3. Kesalahan Yang Boleh Ditangkap

Kesalahan ini adalah melilbatkan kesalahan-kesalahan seperti memandu secara merbahaya menyebabkan kematian, memandu secara melulu dan membahayakan dan juga memandu ketika di bawah pengaruh alkohol.

Bagi kesalahan ini, anda boleh ditahan oleh pihak berkuasa sehingga 14 hari untuk disoal siasat sebelum anda di bawa ke Mahkamah untuk diadili.

 

Peruntukan Undang-Undang
 

  • Tiada lesen kenderaan motor s15(1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987
  • Lesen kenderaan motor tamat tempoh s15(1) APJ 1987
  • Tidak mempamerkan lesen kenderaan motor s20(1)APJ 1987
  • Lesen memandu tamat tempoh s26(1)APJ 1987
  • Tidak berhenti semasa ditahan oleh polis, warden lalullintas atau pegawai JPJ    yang  berpakaian seragam s55 APJ 1987
  • Gagal menunjukkan lesen memandu atau insurans apabila diminta oleh polis, warden lalulintas atau pegawai JPJ s18(1) APJ 1987
  • Tiada insurans pihak ketiga s90 APJ 1987  bagi kesalahan  ini lesen memandu mesti digantung sekurang-kurangnya satu tahun.
  • Memotong dua garis berkembar peraturan 12(3)(a)Traffic Signs Rules 1959
  • Tidak memakai  topi keledar peraturan 4 Motorcycle (Safety Helmets)rules 1959
  • Tidak memakai tali pinggang keledar peraturan 4 Motor Vehicles (Safety Seatbelts)Rules 1978   

    SEMUA KESALAHAN DI ATAS MEMBAWA HUKUMAN MAKSIMUM RM10000.00
    ATAU TIGA (3) BULAN PENJARA ATAU KEDUA-DUANYA SEKALI
     

  • Memandu melebihi had laju s40(1)APJ 1987.  Hukuman maksimum RM1000.00.
  • Memandu secara melulu atau merbahaya kepada orang awam dan menyebabkan kematian s41(1) APJ 1987.  Hukuman maksimum RM10,000.00 atau lima(5) tahun penjara atau  kedua-duanya sekali.  Lesen  memandu mesti digantung sekurang-kurangnya satu tahun dan juga diendors.
  • Memandu kenderaan tanpa kecermatan dan perhatian yang berpatutan atau tanpa pertimbangan terhadap orang lain s43(1) APJ 1987.
  • Hukuman maksimum RM2,000.00 atau enam (6) bulan penjara atau kedua-duanya sekali.  Lesen mesti diendors dan boleh digantung.
     
  • 10 Respons

    1. disaman atas kesalahan yang tidak dilakukan. ditahan kerana cermin gelap. tiada pemeriksaan ketelusan cahaya. didapati cermin tidak gelap secara mata kasar dan saman dikeluarkan atas kesalahan tidak pamer cukai jalan. padahal cukai jalan sah. check dekat myeg, kesalahan lain plak. tidak memakai tali pinggang kaledar. memang tak puas hati.

    2. salahkah saya membawa tangga menggunakan van?

      jika tangga itu tidak muat dalam van. seperti tangga step

      jika tangga itu jenis boleh dilipat menjadi kecil dan boleh di muatkan dalam kereta?

      kesalahan apakah yang boleh dikenakan saman jika membawa tangga?
      pihak mana yang boleh menyaman kita??

    3. Salam Sejahtera,

      Baru-baru ini saya telah disaman kerana melanggar lampu isyarat merah . Soalannya adakah kesalahan ini boleh dikenakan penjara kepada penyalahnya ?

    4. Salam …nak tanya apakah hukuman yang dikenakan oleh pihak mahkamah sekiranya memandu tanpa lesen..berapakah bayaran saman sekiranya kes saman memandu tanpa lesen ini di bawa ke mahkamah?

    5. boleh tak polis baju biru keluarkan saman terhadap kenderaan perdagangan?

    6. Dapatkan maklumat berkaitan disini: http://embedit.in/aAdhwZUldP

    7. nk tanya…berapa jumlah pembayaran jika kesalahan gagal menunjukkan lesen memandu??atau macam mana?

    8. sekiranya kemalangan yang berlaku atas kecuaian diri sendiri,seperti melangar devider jalan,langar tiang lampu..kesalahan seperti ini akan dikenakan saman atau tidak?

    9. Salam Sejahtera,

      Adakah satu kesalahan memandu di lorong kecemasan secara perlahan sedangkan pemandu tersebut sendiri yang mengalami kecemasan. Pemandu lain itu telah membuat aduan pada pihak penguasa.Apakah jenis kompaun yang akan di beri dan adakah kemaafan akan di berikan pada pemandu yang memandu di lorong kecemasan itu?

    10. apa hukuman yang dikenakan apabila seseorang itu dikehendaki ke mahkamah tanpa dikenakan kompuan.

    Tinggalkan Jawapan

    Fill in your details below or click an icon to log in:

    WordPress.com Logo

    You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Tukar )

    Twitter picture

    You are commenting using your Twitter account. Log Out / Tukar )

    Facebook photo

    You are commenting using your Facebook account. Log Out / Tukar )

    Connecting to %s

    Follow

    Get every new post delivered to your Inbox.