Dari Akhbar: Pusat latihan pemandu komersial diperbanyak.

RAWANG: Kerajaan akan membina pusat latihan untuk melatih semula pemandu komersial, terutama kenderaan berat di seluruh negara secara berperingkat mulai tahun ini dalam usaha mengurangkan risiko serta menangani kemalangan maut.
Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Chan Kong Choy, berkata perkara itu adalah antara elemen yang terkandung dalam enam langkah yang dirangka kerajaan untuk dilaksanakan bagi menjamin keselamatan [...]

Dari Akhbar: Notis perbaharui lesen memandu melalui pos, SMS atau emel mulai bulan depan

KUALA LUMPUR: Pemilik lesen memandu akan menerima notis peringatan pembaharuan lesen melalui pos, SMS atau e-mel mulai 1 Februari depan jika mereka mengemaskini butiran diri, termasuk alamat rumah, nombor telefon bimbit dan alamat emel dengan segera.
Ketua Setiausaha Kementerian Pengangkutan, Datuk Zakaria Bahari, berkata jika pemilik lesen gagal berbuat demikian, notis peringatan hanya dihantar melalui pos [...]

Dari Akhbar: Polis tak boleh saman jika pemandu tunjuk Mykad sahaja.

KUALA LUMPUR: Polis tidak boleh menyaman pemandu kenderaan yang hanya mengemukakan MyKad dan bukan lesen memandu ketika diperiksa jika anggota berkenaan tidak mempunyai alat pembaca butiran kad berteknologi tinggi itu bagi mengelak salah faham.
Ketua Trafik Pasukan Bukit Aman, Datuk Hamza Mat Taib, berkata beliau pernah beberapa kali menegur anggotanya yang menyaman pemandu tanpa menggunakan alat [...]